Monday, April 24, 2017

KEMULIAAN BULAN REJAB

KEMULIAAN BULAN REJAB

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

1 – Apa Maksud ‘Rejab’?
‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?
Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_
Surah at-Taubah:36

3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.
Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?
Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa, bersedekah serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?
Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”_
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk mengenai keistimewaan bulan Rejab ini.

Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terdapat Lailatul Qadr, dan terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.         

Perkongsian ilmu mengenai peristiwa Isra' Mikraj :
Kitab Kifayatul Muhtaj~
(Peristiwa Rasulullah diperjalankan dlm Israk & Mikraj)

Peristiwa Israk :

1) Melihat orang tanam gandum dan tuai masa itu juga - Gambaran Ganjaran Orang berSEDEKAH

2) Bau harum di perkuburan Mashitah-Mashitah & keluarganya yang teguh pertahankan AQIDAH(beriman kepada Allah)

3) Segolongan orang yang memecahkan kepala dengan Batu berkali2 - Gambaran orang yang tak jaga SOLAT(lalai, lengahkan solat)

4) Golongan yang diberi makan dengan ketul2 api Neraka - Di Dunia tidak mahu keluar ZAKAT

5) Golongan yang memakan daging Busuk walaupun ada berserta daging yang dimasak - Org yang dah kahwin tapi  tetap berZINA dengan Laki/Perempuan lain

6) Golongan yang mncerai2 kan Kain dengan Kayu yang berduri - Gambaran orang JAHAT yang menganggu Orang berjalan di jalanan(sprt merompak)

7) Kaum yang berenang di Sungai darah, apabila dilontar batu kepada mereka, mereka sambut guna mulut - Orang yang memakan RIBA

8) Kaum yang menanggung kayu, bertimbun2 di atas bahu - Orang yang gila/rebut/pecah AMANAH

9) Kaum yang mengunting lidah & bibir berkali2 walaupun sudah bersambung semula mulut mereka - Penceramah/orang yang berKATA tetapi ia tak beramal dengan apa yang dia kata

10) Mengaru2 muka dengan kuku sendiri yang dibuat dari tembaga sehigga keluar daging & berdarah - Orang yang meNGUMPAT

11) Keluar lembu jantan dari mulut, kemudian tak boleh masuk semula dalam mulut - Orang yang CAKAP besar.

12) Kaum kanan & kiri melambai2 kepada Nabi, tetapi baginda tak menjawab - Kaum kanan itu Yahudi & kiri itu Kristian, sekiranya Nabi mnjawab...maka, jadi ramai umat Nabi dikalangan mereka.

13) Satu perempuan yang penuh perhiasan diri dengan Emas sedang melambai Nabi, tetapi baginda tak menjawab - SekiraNya Nabi mnjawab, pasti semua umat baGinda akan Cinta DUNIA

14) Satu Orang Tua memanggil Nabi, tetapi baginda tak menjawab - Itulah gambaran IBLIS yang suka mnganggu umat Nabi

15) Melihat seorang perempuan Tua ditepi jalan - Itulah gambaran umur DUNIA yang semakin hari semakin Tua

Peristiwa Mikraj :

1) Sebelum Nabi naik ke langit, baginda menjadi Iman Solat kepada para nabi2 yang diazan oleh Jibrail, Dibersihkan dada baginda dan diminumnya susu, kemudian baginda juga dapat melihat rupa paras bidadari

2) Pintu langit Pertama : berjumpa dengan Nabi Adam

3) Pintu langit ke-2 : berjumpa Nabi Isa & Nabi Yahya

4) Pintu langit ke-3 : berjumpa Nab Yusuf

5) Pintu langit ke-4 : berjumpa Nabi Idris

6) Pintu langit ke-5 : berjumpa Nabi Harun

7)Pintu langit ke-6 : berjumpa para Nabi & Nabi Musa

8) Pintu langit ke-7 : berjumpa Nabi Ibrahim

9) Dalam langit ke-7, di Sidratul Muntaha, baginda melihat keindahan Syurga. Ada 8 jenis Syurga :

1)Jannatul Firdaus
2)Jannatun Adhni
3)Jannatul khuldi
4)Jannatul Naim
5)Jannatul Salam
6)Jannatul Ma’wa
7)Jannatul Jalal
8)Jannatul Maqama waquror

Dapat mana2 syurga pun kita dah seronokan...

Tapi Allah letak syarat kalau kita nak Syurga kena berIMAN dan amal Soleh & kena IKHLAS. Kita Percaya dengan kisah Israk & Mikraj ini pun termasuk dalam ciri2 orang berIMAN.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Rasulullah S.A.W berkata....

Rasulullah SAW kata... 1.minum madu setiap hari utk kekal sihat dan penawar penyakit ( 1 sudu besar dgn 1 gelas air suam) Kita g minum ...