Thursday, April 2, 2015

RINDU ABAH

Salam semua...

Lamanya saya tak update blog bukan tak suka tapi tak der mood. Hari nie hati meruntun ingin meluahkan rasa sedih dan rindu pada abah yang tercinta telah pergi buat selamanya pada tanggal 19 Februari 2015. Abah pergi pada jam 2petang ketika di kejarkan ke hospital.


Ini gambar abah masa sedang sakit. Kasihan abah menderita sakit paru2 berair dan kerosakan paru2 mungkin akibat merokok kot. Cepatnya masa berlalu rasanya pemergian abah terlalu cepat. Umur abah baru 68 tahun masih muda la. Tapi keyakinan bahawa Allah lebih sayangkan abah membuat hati tenang kembali.

Abah sakit selama 3 minggu sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dengan dikelilingi anak2 serta cucu2 abah. Mak paling sedih, kasihan mak setelah abah pergi mak sangat sedih. Ketika sedang sakit mak lah insan paling sabar yang pernah saya jumpa menjaga abah siang dan malam. Apabila tiba malam ke pagi abah akan mengalami sesak nafas dan kami anak2 akan berkejaran membawa ke klinik untuk di ambil gas pernafasan.

Ya Allah tempatkanlah abah di sisimu sebagai insan yang beriman. Lapangkanlah kuburnya dan jadikanlah kuburnya sebagai lubang2 syurga. Masukkan abah ke dalam syurgamu Ya Allah.

Abah kami anak2 sangat rindukan abah tak sempat rasanya ingin kami bersama-sama abah di alam fana ini. Cepatnya abah pergi. Hari2 kami sekeluarga sangat sunyi tanpa keriuhan dan kemarahan abah. Sunyi sekali. Ya Allah ku pohon Kau berilah ketabahan buat kami sekeluarga terutamanya mak yang sangat sedih dengan permergian abah.

Abah, anak2 mu di sini sentiasa merindui saat2 kita bersama. Hanya memori kenangan bersamamu tersemat di hati. Al-Fatihah.

7 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...