Google+ Followers

MEMANCING DI CHALET SEGANTANG GARAM

Salam sayang semua dan Selamat Hari Raya. Perkongsian kali ini adalah percutian hari raya kami sekeluarga bersama saudara mara dan ipar duai. Tarikh masuk 8/7/2016 hingga 10/7/2016 masa check in 2 petang, masa check out 12 tengahari. 

Tempat percutian kami kali ini buat pemancing2 tegar nie adalah di Chalet Terapung Segantang Garam, terletak di Negeri Kedah. Kalau korang nak tahu chalet nie saya dah booking 2 bulan awal. Bukan apa kebiasaan chalet nie akan selalu penuh booking bila tiba hari2 perayaan atau cuti sekolah. 

Jadi saya dengan senang hatinya mencadangkan anda semua membuat booking 2 ke 3 bulan awal yer. Agar anda tak kempunan di penuhi dek orang ramai. 

Preparation yang perlu kalian buat adalah periuk belanga, pinggan mangkuk, sayur mayur ikut suka la nak bawak apa pun wak mai na, sebab kat chalet nie cuma di sediakan dapur, gas gan cerek jew.

Kawasan chalet agak terpencil, di mana berada di kawasan perkampungan. Tapi bila malam menjelma hanya suara serangga kedengaran. Tiada bunyi kenderaan menderu pergi balik.


Chalet nie mempunyai 2 bilik berhawa dingin beranda memancing



Salah satu signboard di pintu utama..



Pemandangan chalet dari atas darat



Nie pemandangan dari chalet yang kami menginap ....berhadapan adalah Chalet VIP



Hasil tangkapan ...




Senarai harga baru chalet untuk sapa yang nak booking awal...

Pesanan suci saya sila booking awai na, bagi mengelakkan chalet2 nie penuh...


Dini sore...



Sign board utama..



Sedang sibuk memancing...
Tak kira tua dan muda...



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.