Thursday, September 8, 2016

Kelebihan berpuasa pada Hari Arafah

Kelebihan berpuasa pada Hari Arafah




Kelebihan berpuasa pada Hari Arafah amat banyak disebut dalam hadis Nabi s.a.w. Marilah kita mengambil peluang keemasan ini kerana kita belum pasti akan bertemu lagi pada Hari Arafah pada tahun hadapan. Terdapat dalam riwayat Sunan Abu Daud (2437) dan An-Nasaie (2416) yang lain menyatakan bahawa hari 9 Zulhijjah ialah dikenali sebagai Hari Arafah.

Maksud Hadis: Adalah Rasulullah s.a.w berpuasa pada 9 Zulhijjah , Hari Asyura dan 3 hari setiap bulan.

Dosa yang disebut dalam hadis tersebut ialah dosa-dosa kecil sahaja. Namun, ianya terserah kepada Allah untuk memberi pengampunan kepada kita semua. Syarat pengampunan dari Allah ialah setelah mana kita meninggalkan dosa-dosa besar dan tidak mensyirikkan Allah s.w.t dengan sesuatu.


Maka bertaubatlah sebelum kita dipanggil oleh Allah s.w.t. Ketahuilah keseronokkan yang alam dunia ini hanya seketika dan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Janji Allah dalam Surah Fatir ayat 34 yang bermaksud: Mereka akan mendapat Syurga Adni, mereka masuk di dalamnya tempat yang kekal abadi, di dalamnya mereka diberi perhiasan gelang-gelang daripada emas dan mutiara serta pakaian mereka adalah sutera. Dan mereka berkata " Segala puji bagi Allah yang menghilangkan kesedihan kami, Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun dan Maha Mensyukuri.

Allah s.w.t juga menyatakan dalam firmannya lagi bahawa perasaan dan nikmat berada di syurga tidak akan merasa penat dan lesu sampai bila-bila bahkan keseronokan berpanjangan, serta kelazatan yang sentiasa meningkat dari masa kesemasa.

Semoga kita semua dikumpulkan oleh Allah s.w.t dikediaman yang kekal abadi iaitu Syurga. Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...