Saturday, March 18, 2017

Bercuti Di Pulau Pangkor - UPTOWN BEACH RESORT

Assalammualaikum....

Apa kabar semua?
Cuti awal tahun sudah kembali, saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Anda semua bagaimana? Bercuti di mana?....


Sebelum naik feri singgah beli 
Spek renang


DAY 1 - JUMAAT 17 MAC 2017

Jam 11.10pagi, kami sekeluarga bertolak ke Pulau Pangkor dari Sungai Petani, Kedah. Singah isi minyak di Petronas Sungai Layar sekejap.  Dari Sg Layar kami melalui Jalan Kg Sungai Jagung untuk menuju ke Tol Sungai Petani Selatan. Tol Sg Dua berjumlah RM3.60 di bayar.

Perjalanan di teruskan, jam 12.05pm sampai dia tol Juru. Lebih kurang jam 1.00pm kami sampai di Tol Changkat Jering keluar tol nie jumlah RM10.50.

Dari tol Changkat Jering ambik jalan kanan terus ke pelabuhan Lumut lebih kurang 85km. Skarang jam 1.40pm kami sampai pekan Pantai Remis.  Jam 1.45pm singgah kfc sekejap perut berbunyi...lapaq.




Jam 2.50pm kami selamat sampai di Terminal Jeti Lumut. Tiket feri dewasa berharga RM14.00 dan kanak2 RM10.00. En. HUSBAND dah pun belikan sebentar tadi. Oh lupa pasal parking, sebentar tadi parking kereta sehari RM10.00. Menginap kat pangkoq 3 hari jadi dah selamat bayar RM30.00.


Tiket kanak2


Tiket dewasa


Jam 3.45pm bot akan bergerak ke Pulau Pangkor sebentar lagi. Seriously family we all tak pernah pon sampai Pulau Pangkor nie. Excited banyak sikit....ekekeke.

Atas feri ke Pulau Pangkor 


Jam 5.00 petang kami check in UPTOWN BEACH RESORT penat sangat dok reiki chalet gan bilik. Chalet di UPTOWN BEACH RESORT atas bukit memang penat sangat memanjat tangga best sangat RM120.00, bilik pun besar dan selesa. Bilik pula jenis deluxe besar katil berkembar semalam RM150.00. Akhirnya persetujuan bersama menginap di bilik deluxe jer.

Jam 6.00pm saya dan anak2 turun berenang2 di pantai pasir bogak, bestnya sekali sekala berenang. Jam 9.30pm kami turun mencandat sotong.

Bersambung.....day2 18 Mac 2017....


Bilik Deluxe sangat selesa


Inilah Pantai Pasir Bogak
Tak ramai macam di Teluk Nipah




2 comments:

  1. bestnya dapat pergi bercuti..saya tak pernah lagi sampai pangkor.

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...