Hujan yang amat lebat dan sepanjang hari melanda Sungai Petani hari ini, rata2 tempat kelihatannya telahpun banjir. Uh susahnya hatiku nak balik kerja pun susah ni, kalau kereta mati kat tgh jalan camna. Adoi...
Wednesday, September 26, 2012
Hujan
Hujan yang amat lebat dan sepanjang hari melanda Sungai Petani hari ini, rata2 tempat kelihatannya telahpun banjir. Uh susahnya hatiku nak balik kerja pun susah ni, kalau kereta mati kat tgh jalan camna. Adoi...
Ibu Mati Di Pangkuan Anak
Adoi kesiannya pada si anak, apabila dengan tidak sengaja melanggar ibunya yang tercinta. Itulah ajal maut di tangan tuhan tak siapa yang tahu hanya Allah sahaja yg tahu segalanya.
MELAKA: Kegembiraan seorang ibu empat anak mendapat motosikal roda tiga selepas dua tahun menunggu berakhir tragedi berdarah apabila dia maut selepas berlanggar dengan anaknya dalam kemalangan di Jalan Tunku Abd Rahman, Batu Berendam di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Sapiah Md Said, 42, menunggang motosikal jenis Honda EX5 manakala anaknya Muhammad Ikram Laksemana, 18, menunggang motosikal roda tiga berkenaan yang baru diserahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Muhammad Ikram berkata, selepas selesai mengambil motosikal berkenaan di pejabat Fama, Ayer Keroh, dia dan ibunya bertolak ke kedai di UTC dengan menunggang motosikal secara berasingan.
“Setiba di lokasi kejadian, saya yang berada di depan dikejutkan dengan satu dentuman kuat dan pada masa sama melihat ibu tercampak ke kanan jalan, manakala motosikal ditunggang ibu merempuh motosikal saya.
Mencungap Minta Tolong
| DI SINI...lokasi kejadian di rumah mangsa. |
| TRAGIS...rumah mangsa di Kampong Teroi.
Salam....kejadian tragis ini berlaku di Yan. Rompakan di mana2, walau kita rasa selamat di dalam rumah pun, perompak masih mampu dan berjaya menceroboh. Aduih mana tempat selamat ni..
YAN: “Saya nampak darah memancut keluar dari lehernya ketika dia menggoncang pagar rumah saya minta bantuan,” kata Rohani Omar, 54, saudara kepada Jamaliah Ali, 55, yang parah akibat dikelar di leher dalam kejadian samun di Kampung Teroi, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa yang ketika itu tinggal bersendirian berlari melalui pintu dapur rumahnya untuk meminta pertolongan sebelum dia rebah di depan pintu rumah saudaranya itu dengan darah masih keluar di lehernya.
Mangsa dipercayai sempat berlari sejauh 20 meter meminta pertolongan sebelum rebah tidak sedarkan diri berikutan hilang banyak darah.
Difahamkan, mangsa yang belum berkahwin tinggal bersama keluarga adiknya, namun ketika kejadian adiknya keluar menghantar anak ke sekolah, manakala adik iparnya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Rohani berkata, ketika itu dia memandikan bapanya yang lumpuh di bilik air di belakang rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi goncangan pintu pagar rumah yang kuat. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Resepi Miang Kham
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...
-
Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Alquran CARA MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS | Cara terbaik adalah melembutkan hat...
-
Jom up follower sepantas kilat. Klik sini untuk join.. ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '
-
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...