Doa Pelembut Hati
Menggunakan Cara Zikir dan Alquran
CARA MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS | Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan
ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semoga Dia melembutkan hati-hati mereka yang
keras itu.
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada
kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat
yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca,
hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5
surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling
keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa
yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai
kombinasi dengan doa pelembut hati.
KAEDAH
PERTAMA
Mengikut aturannya, bacalah:
Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.
Maksudnya :
Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21
Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas
sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah
kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami
kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.
Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah ,
lagi Maha Mengasihani"
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini
kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang
yang takut (kepada Allah),
4. Iaitu diturunkan dari Allah yang
menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah.
yang bersemayam di atas ‘Arsy."
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana
Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air ;
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang
yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk
melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan
tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian
tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang
lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati
orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati
melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
KAEDAH
KEDUA
Kaedah dengan cara zikir dan doa pelembut hati .
Zikir dan Doa Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya
menjadi lembut atau suami yang mahu hati isterinya menjadi lembut.
Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati
suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami
sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.
Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan
Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci
perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk
melembutkan hati anak) .
Selain daripada itu amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau
lembutkan besi"
KAEDAH KETIGA
Zikir dan Doa Pelembut Hati.
KAEDAH KETIGA
Zikir dan Doa Pelembut Hati.
Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak 7 kali kemudian diikuti
dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)
Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha
Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang
Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah
Asy-Syuura ayat 19)
Hembus dimuka suami dan hembusan itu dibawa turun ke hati
suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan
menjadi lembut.
Selain daripada itu amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau
lembutkan besi"
(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu
bapa kepada anak-anaknya)
{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada
perubahan dan kesannya.}
KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan,
agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84.
berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)
Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir
dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha
Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."
KAEDAH KELIMA
Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat
marah bacakan doa ini :
"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan
air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana
Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat
Tirmizi)
Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh
baca doa diatas dan ubah sedikit :
"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan
salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan
bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih
daripada kotoran."
KAEDAH KEENAM
Doa untuk melembutkan hati anak
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'
Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Doa untuk melembutkan hati anak
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'
Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat
keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk
diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di
atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami.
KAEDAH KETUJUH
DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan
kita mengasihi orang yang beriman, sebagaimana doa yang diajarkan Nabi
S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap
diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka
terhadapku."
Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini supaya dia
mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap
isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan
bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)
Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan
hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik
beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk
kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika
sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu
lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana
sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan
melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar
bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan
diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.
Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih
tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat,
dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga
dimakbulkan doa dan hajat kita.
sumber : sihatbebas-azmi
terime kasih untuk perkongsian yang begitu menarik...
ReplyDeletebagus tuk diamalkan nih. tq.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu ini...
ReplyDeleteThank u so much for shared.
DeleteThank u so much for shared.
DeleteThank u so much for shared.
Deletesalam,mcm mana nk v lembot hati org yg bkn brada dpan mata kita
DeleteBtol tu...cmne yer klu die bkn brada dpnb mata kte??
DeleteAmat sesuai untuk zaman hati manusia ramai yang keras.
ReplyDeleteTq kerana berkongsi. Insyaallah akan cuba diamalkan
Terima kasih...insyallah akan di amal kan..
ReplyDeletemacam mana mahu lembuatkan hati orang yang jauh dan susah untuk di ketemui..
ReplyDeleteboleh tolong jelaskan dan bagitahu caranya pada saya???
Selepas solat baca surah al fatihah, niat utk org yg kita tuju.
Deleteterima kasih...baik untuk di amalkan.
ReplyDeleteTerima kasih semoga dapat berubah hati yang keras dan doakan untuku supaya orang ku sayang kembali.amin
ReplyDeleteterima kasih sangat bermanfaat
ReplyDeleteMoga Allah memberi ganjaran kepada yg sudi berkongsi ilmu..sedang berusaha perbaiki diri..doa moga Allah lembutkan hati saya dan suami..beri hidayah..limpahkan dengan nur kasihNya..matikan kami dalam keadaan beriman padaNya..Amin..
ReplyDeleteAlhamdulillah..trimakasih..moga blogger ini mdapat kbrkatan dan rahmat drNYA.. moga aku dan psagnku dbri hdayah serta lmbutknlh hati kmi brdua..aminn ya rabbal alaminn....
ReplyDeleteamin..
DeleteAlhamdulillah, ilmu yang baik, amalkan doa ini :)
ReplyDeleteDi sini juga ada doa >>
Doa Pengasih, Pelembut Hati Suami Isteri Anak dan Sesiapa Sahaja
salam...memang the bast.trime kasih kerana beri tunjuk ajar ini...sy hnye mampu buat.ALLAH S.W.T lah yg menetu kan segala nya..
ReplyDeleteSalam..cmne nk lembutkan hati seseorang yg jauh?
ReplyDeleteSubhanallah....
ReplyDeleteperkongsian yang cukup baik
ReplyDeleteSalam. saya mahu meminta pendapat kpd Saudara/saudari yg ada disini, boleh kah sy amalkan doa pengasih ini dan meniup pd gambar sesorang itu?.
ReplyDeletesy juga ada mendengar kata sahabat sy yg mengatakan elok amalkan doa pengasih ini sebelum tidur, dan ketika seseoang itu sedang tidur. kita boleh amalkan doa pengasih ini ketika malam sewaktu si dia sedang tidur, kerana waktu itu sidia sedang tidur, ia lagi cepat meresap berbanding siang. kerana siang sidia sedang berkerja. boleh kah Saudara/Saudari memberi sebarang pendapat, jawapan dan cadangan kpd sy? terima kasih. :)
Terima kasih banyak2........:)
ReplyDeleteTerimakasih utk tips ni 😊
ReplyDeleteMusibah telah melanda keluarga kami. Kami akui ,dulu kami mendahului dunia dari akhirat. Satu musibah besar telah melanda kami. Aku mengambil langkah mendekatkan diri pada Allah. Aku sentiasa berdoa agar allah melembutkan hati suamiku agar sama2 menuju kejalannya. Tidak terlalu mementingkan dunia. Aku akui, ada kesilapan aku, aku tidak menghormatinya sebagai suami, walupun sama2 ada salah.
ReplyDeleteKini setiap mlm ku mohon ampun pada allah, aku bertahajud. Menangis dan merintih pada Allah. Namun perasaan suamiku padaku sukar untuk kembali. Namun aku sentiasa berdoa, air mata aku mengalir setiap malam . Walu ku tahu dia juga punya kesalahan. Kini apa saja keluar dari kata2ku semuanya di salah erti. Ya Allah, besarnya ujian mu.
Dunia kami sgt berbeza, aku mementingkan keagamaan. Aku inginkan solat berimamkan suami, mengharapkan suami menjadi pemimpim anak2 dunia dan akhirat. Namun dia benar2 mementingkan kerjaya. Namun, aku yakin allah akan makbulkan doa aku. Aku menangis setiap malam , mohon allah kembalikan suami ku.
Sedarlah lah wahai suami, isteri mu sentiasa mendoakan mu. Aku kuatkan hati kuatkan iman, sentiasa berdoa supaya Allah bukakan dadamu melihat diriku. Ibu kepada anak2mu. Allah saksi segalanya.
Suami, andaikan ku tiada di dunia ini. Aku harap engkau tahu aku benar2 menyanyagimu. Aku sudah maafkan kamu. Kita takkan pernah sempurna di mata allah.
Suami, aku terlalu rindukan kamu. Rindukan gelak tawamu bersamaku. Kembalilah sebelum terlambat. Namun hanya Allah yang tahu,bila aku masih ada di dunia ini. Aku sentiasa berdoa dipanjangkan umur demi anak2 ku.
Aku isteri dengan linangan airmata setiap mlm. Tapi airmataku tiada harga buatmu. Namun aku ada Allah, DIA lah mendengar segala rintihan ku setiap malam. Aku hanya ada DIA.
Amin
Bole ke cara ni digunakan utk brdoa dr jauh...mksd nya utk org yg jauh trpisah...
ReplyDeleteterimakasih artikelnya ini yang sesuai saya cari..... kunjungi blog ku juga ya sis
ReplyDeleteLembut hati lah kamu sebagaimana kamu inginkan ibumu sejuk perut mengandungkan kamu...
ReplyDeleteTQVM diatas perkongsian info yg amat2 berguna ini
ReplyDelete