Monday, November 26, 2012

Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2013

Setiap kali cuti sekolah tiba, pasti ibu bapa akan membuat rencana dan rancangan untuk bercuti kan, info Takwim ini saya kongsikan untuk pengetahuan bersama.


Kategori A -  cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu

Kategori B -  cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad

Moga info ini berguna buat anda sekeluarga.

sumber : Mr. Zubir

Padang Kota Lama Pulau Pinang


Ahad 25 November 2012 saya sekeluarga ke Pulau Pinang dan tempat hala tuju kita orang ialah Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Kenapa memilih padang kota lama?, kerna itu sahaja lah salah satu tempat tuju untuk kami sekeluarga memancing dan beriadah untuk sakitkan kaki menapak ke sana dan ke sini. Kalau rasa sakit sangat kaki tue bolehlah menyewa beca yang           dihiasi cantik untuk ke mana-mana. 


Pulau Pinang ni tempat kebiasaan saya dan keluarga berkunjung. Jarak antara tempat kediaman saya dan Pulau Pinang hanyalah lebih kurang kurang 35km. 

Aktiviti memancing adalah aktiviti keluarga saya. Saya memang minat memancing pantang ler tgk air mesti nak memancing, dapat ikan atau tak letak tepi yg penting keseronokan memancing harus dirasai. 

Apa yg penting angin sepoi2 bahasanya mampu mereleasekan tension ku. Kedamaian pemandangan air lautnya mendamaikan mata yang memandang. Aku tidak pernah jemu untuk berkunjung ke Pulau Pinang. Juadah di sini pun tak kurang hebatnya, saya sempat mengena Laksa Penang yg hebat sangat rasanya.






Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...