Wednesday, December 26, 2012

HUTANG


Manusia tidak pernah lari dari masalah dan permasalahan hutang,
Kenapa manusia berhutang? 

Mungkin kerna tuntutan nafsu atau keperluan untuk hidup,
Aku juga tidak terlepas dari permasalahan hutang, 
Entah kenapa aku berhutang? nafsu atau keperluan,

Tiada manusia mahu menanggung hutang, 
Kerna keadaan dan masa, manusia perlu jua berhutang,
Entah kenapa hutang ini seakan membelit urat temurat ku,
Ingin ku lari jauh dari hutang ini, 
Namun dia seakan-akan mengejar setiap sudut pelarianku,

Oh hutang tangunglah aku atas perbuatan ku sendiri,
Sebenarnya aku nak muntah mengigatkan akan hutang ini,
Nama nya hutang pun aku sudah membenci jauh ke dalam sudut hatiku,
Tetapi begitulah lumrahnya alam, 
Hutang tetap di tempatnya, 

Tempat untuk insan2 yang leka dan hanyut dengan masa dan kemewahan,
Aku frust dengan kau wahai hutang, benci tul...
Kalau boleh aku tak mahu mendekatimu,

Ya Allah jadikanlah aku insan yang mampu membayar hutang,
Ya Allah jadikanlah aku insan yang bebas daripada hutang, 
Dan Ya Allah jadikanlah aku insan yang tidak berhutang,
Lindungilah aku dari sekalian hutang piutang.



Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...