Thursday, May 2, 2013

700 RIBU TENTERA NAMRUD VS NYAMUK



Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.

Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”

Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.



Segmen: LUPUS Awareness Month


Jom support segmen by Deno. Segmen ini diadakan sempena LUPUS (SLE) awareness month pada bulan ini iaitu bulan mei! :) Objektif utama segmen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit LUPUS a.k.a SLE.. ramai di antara kita masih belum mengenali penyakit SLE yang merupakan penyakit kronik yang juga boleh membawa maut.. deno harap dengan segmen ini kita dapat mengenali penyakit LUPUS atau dengan lebih mesra dipanggil mr. SLE.. klik sini or banner untuk join. 

Apakah SLE? : klik Systemic Lupus Erythematosus

Cara penyertaan :
  • Follow blog DayangDeno
  • Buat satu entri bertajuk Segmen: LUPUS Awareness Month
  • Tampal banner di atas di dalam entri
  • Buat satu banner dengan perkataan : LUPUS.. learn about it  .. dan banner tersebut mestilah ada gambar rama-rama kerana rama-rama ialah lambang SLE.. tak kisah saiz macam mana pun, buatlah banner mengikut kreativiti korang .. ^^
  • Tag seberapa ramai rakan untuk sertai segmen ini.. done :)

LUPUS.. learn about it  ..

Tag semua yg sudi join.

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI



①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa Billah."
(HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup."
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu."
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...