Saturday, October 22, 2011

BERCUTI-CUTI DI PULAU SAYAK



Bila tiba musim cuti sekolah pasti kita akan pikir-pikir kemana la nak bercuti, dan saya sekeluarga merancang untuk bercuti-cuti di Pulau Sayak, meskipun percutian itu hanya mengambil masa 2 hari 1 malam jer tapi percutian itu telah meninggalkan kesan yg amat mendalam di hati saya dan keluarga.

Pagi itu saya sekeluarga bersiap-siap dengan makanan untuk di bawa sebagai bekal di makan di tepi pantai, perjalanan dari rumah tak jauh hanya mengambil masa lebih kurang 25km jer dari rumah saya, bekal siap...anak-anak siap...sekeluarga siap, kereta pun dah reiki memang elok sepenuhnya.

Lebih kurang 40 minit perjalanan sampailah kami sekeluarga ke chalet yang  di tujui iaitu chalet pulau sayak ler, ape lagi kita orang pun check in ler, ape lagi buka ler bekalan dan nyum nyum makan sampai kenyang sambil menikmati deruan ombak dan hembusan angin pantai yang memang mengasyikan dan menghilangkan stress yang bersarang di simpulan-simpulan otak ini. Chalet ni memang best la mama kata anak saya, dan saya sangat gembira kerana kali ini saya mampu membawa anak2 untuk bercuti disini meskipun tak sehebat tempat lain yang gah dan perkasa, saya cukup bersyukur. Oh lupa pulak saya nak gambarkan sedikit tentang chalet yang saya dan keluarga kunjungi ini.   Chalet ni    terletak betul2   di tepi    pantai,
diperbuat 90% kayu simen cuma lantai jer ler, saya suka dan semua orang suka dengan chalet ni harga tak mahal 1 malam cuma RM120 jer.

Aktiviti yang saya dan semua lakukan adalah membakar ikan, memancing dan bermandi. Wah sangat seronok saya pun excited kat tempat ni. Ikan yang dipancing terus dimasak dan di bakar, hmm memang sedap dan manis bila ikan yang masih baru dimasak. Lunch masak ikan yang dipancing ler. Kat Pulau Sayak ni memang banyak restoran mee udang, mee udang pulau sayak ni memang sedap dan enak..amboi promote la plak.

Sampai sini dulu kisah percutian saya dan keluarga ke Pulau Sayak, saya akan susulkan dengan tempat2 menarik yang saya dan keluarga pergi.

BERCUTILAH DIDALAM NEGARA KERANA HMM KERANA BEST LER HEE...HEE...





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...