Saturday, April 14, 2012

11 APRIL 2012



Pagi 11 April 2012 aku dan anak2 sedang berehat sambil mata menyaksikan Pertabalan Agong yang baru, aku tak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan Pertabalan Sultan Kedah sebagai Agung yang baru.

Jam 4 petang aku dan Asyraff dan Suffeyya bersiap-siap untuk ke bandar untuk windows shopping dan membeli belah. Lebih kurang jam 4.30 lebih aku sampai di Tesko Selatan Sungai Petani, aku ke teller ATM untuk menekan wang belanja, siap aku menaiki tangga eskalator ke tingkat atas, sedang mengomel akan kenakalan anak-anakku, aku terpana apabila pekerja2 tesko sedang dalam mendiamkan diri dan mata mereka sedang menghala ke atas bumbung yang mana mereka menyaksikan lampu2 dan cctv ke semuanya sedang bergoncang seperti di goncang orang, aku bertanya mengapa mereka diam dan menjawab perlahan ada gegaran kak, aku dan anak2 ku panik, dan kaki ku serta merta merasa akan gegaran tersebut, apalagi aku dan anak2 dan kesemua pelanggan Tesko Selatan Sungai Petani berlarian mencari jalan keluar, kerana ke semua ketakutan akibat gegaran tersebut. Aku, anak2 ku dan pelanggan2 tesko menuruni tangga kecemasan, kami semua selamat tiba keluar tesko dan kesemua berkumpul.

Aku pulang selepas hampir 1 jam di luar tesko, actually aku sebenarnya takut akan gempa bumi ni kerana trauma dengan kejadian di Aceh. Aku bersyukur kerana Allah baru memberi pengajaran yang kecil buat kita semua, marilah kita merenung akan kejadian itu.

Terima Kasih, WASALAM.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...