Wednesday, July 11, 2012

HUJAN LEBAT SUNGGUH MENYIRAM



Hujan kau singgah lagi, kau sirami tanah yang kontang, kau sirami hati yang gersang,
Kau hujan amat indah dari pandangan mataku, aku amat bahagia jika kau turun,
Pagi ini aku tersedar dan aku terdengar titipan mesra di kau di atap rumahku,
Sayangnya ketika itu aku asyik dibuai mimpi yang sungguh indah,
hinggakan kehadiranmu aku abaikan, maaf aku amat rindu jika tidak ketemu dirimu hujan,
kerana jika panas menyingsing laju,
kulit dan urat temuratku seakan-akan disiat-siat,
mungkin lebih dashyatnyer dek panas api neraka, maaf padamu cahaya mentari,
aku lebih rindu padamu hujan, pagi ini saat aku terjaga,
kau masih menyirami tanah yang kering dan gersang,
terima kasih hujan kerna sudi hadir tatkala aku begitu merinduimu.
HUJAN...........

1 comment:

  1. Alhamdulilah hujan menyiram bumi...dikala panas melanda bulan lepas...

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...