Thursday, August 30, 2012

Di Tembak Depan Sekolah Anak


MANGSA…polis mengusung mayat Archuthan yang ditembak lelaki bermotosikal di hadapan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, semalam.

Apa la nak jadi dengan zaman sekarang ni kejadian tembak menembak dah di anggap seperti perkara biasa. Jom baca berita ;

GOMBAK: Seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak dua lelaki dari jarak dekat ketika kedua-duanya sedang menunggu anak lelaki mereka pulang di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, K Archuthan, 41, yang dikenakan tindakan buang daerah ke Perlis sebelum dibebaskan Jun lalu, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Suspek melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat ketika mangsa berada di dalam Toyota Camry berwarna perak.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Yen, 28, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam kedai berhampiran terdengar bunyi beberapa das tembakan.

Takut dah nak pergi jejalan pun, kejadian sana-sini macam2.


3 comments:

  1. betul tuh! kena tembak. kena ragut. kena bunuh dalam rumah sendiri pun ada. rumah sendri pun rasa macam tak selamat dah :(

    ReplyDelete
  2. aduh...
    dahsyatnya...
    mana2 rasa tak selamat je kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Rasulullah S.A.W berkata....

Rasulullah SAW kata... 1.minum madu setiap hari utk kekal sihat dan penawar penyakit ( 1 sudu besar dgn 1 gelas air suam) Kita g minum ...