Friday, September 7, 2012

Buang Bayi - Tiada Hati Dan Perut Kejam Sangat



Dibunuh sebaik dilahir

Hari ni ketika on the way ke tempat kerja, saya terdengar berita dari radio era ibu buang bayi lagi, sangat dan tega kan si ibu berbuat demikian, dimana hati dan perut di ibu, berbekalkan akal yang pendek bertindak sedemikian rupa, mungkin ketika itu hanya syaitan menguasai fikiran, jom lah baca berita sedih ni, tak tahan dah sedih ni, anak wei sayang giler lah.........

KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”

Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.

2 comments:

  1. KEJAM!!!

    Semoga ibu muda tersebut segera insaf dan bertaubat...Amin...

    ReplyDelete
  2. ITU lah bila hilang pertimbangan.. sedangkan anak boleh dicuba untuk bunuh... kejam. semoga dia dapat hidayah.

    BTW: unik header sis. hehehe. cute.

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...