Wednesday, September 19, 2012

'Innocence of Muslims' Timbulkan Kemarahan Umat Islam


Pada July 1 and 2, 2012 dua sedutan filem yang menghina Rasullullah SAW telah disebarkan menerusi laman Youtube. Filem yang bertajuk 'Innocence of Muslims' ini telah menimbulkan kemarahan dan tentangan dari umat Islam di seluruh dunia.

Kemarahan ini telah menyebabkan Duta Amerika Syarikat ke Libya 'Christopher Stevens' yang telah dibunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden rusuhan dari ribuan penduduk yang menentang filem yang menghina Nabi Muhammad SAW ini. Media Mesir mengatakan filem itu diterbitkan di Amerika Syarikat oleh kumpulan anti-Islam.

Video Innocence of Muslims ini juga telah diharamkan di beberapa buah negara islam, termasuk kerajaan Afganistan yang telah terus menyekat akses laman web Youtube bagi negara meraka selagi video ini tidak dibuang oleh pihak Youtube.

Sehubungan itu DAMAI menyelar perbuatan terkutuk pihak yang mengeluarkan filem dan yang terbabit dalam penyebarannya di internet (Youtube).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...