Friday, September 14, 2012

Pelajar Belasah Guru Disiplin


Zaman IT,  pelajar sudah tidak lagi menghormati Guru2 yang menjadi tunggak kejayaan mereka. Tanpa Guru siapalah kita. Guru pembakar semangat dan menjadi kan celik huruf. Jom baca berita ;-


ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.


Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.



“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.

6 comments:

  1. Saya cikgu, no.... Saya bukan komen ni masa saya sedang kerja. Saya on the way nak ke tempat berkursus. Setakat ni kat skola saya tahap kurang ajar pelajar masih terkawal. Kurang ajar kat belakang cikgu tu biasa la. Persoalannya sekarang, siapa yang kurang ajar, budak2 yang kurang ajar ni?

    ReplyDelete
  2. zaman skarang memang mcam ni.. ~ ntah apa yg slap .. ish3

    ReplyDelete
  3. semakin maju dunia semakin hilang rasa hormat pd org lain.. hurmm

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...