Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

MAKANAN UNTUK MINDA

MAKANAN UNTUK MINDA

sumber : Tokoh Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN :i)Menghadap Kiblatii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM :i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.(tanda tanya)

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. (tanda tanya)

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Thursday, November 10, 2016

SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK

SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK‼

Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di *tebuk perut untuk 'Peritoneal dialysis'. Di operate utk AV Fistula.* Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain..

Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu  - how they suffer!

Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL! Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya..

Take Care Of Our Own Kidney!

Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:

*1*• Kerap tahan kencing
*2*• Kurang minum air
*3*• Suka makan makanan masin
*4*• Suka minum minuman bergas.
*5*• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary
Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

*6*• Kerap makan daging dan Seafood
(Tinggi Uric Acid)

*7*• Kerap makan Pil Tahan Sakit
*8*• Merokok
*9*• Obesiti
*10*• Alkohol
*11*• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

Buah Pinggang Kita. Amanah Allah.. jgn jadikn ia  sebahagian dari statistik Pesakit Buah Pinggang Kronik!

*Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri?* Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap  perintah & larangn Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

Terapi air putih :

*1*. Minum 1 gelas masa bangun tidur dpt membersihkn organ2 dalaman.
*2*. Mnm seglas air, 30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
*3*. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.
*4*. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.

Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat...

Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.

Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.
Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.

THE CHOICE IS YOURS

Thursday, January 22, 2015

PETUA HALAU SEMUT

PETUA HALAU SEMUT
Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:
1. Cili kering :
3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Selamat mencuba

Tuesday, June 10, 2014

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Friday, May 9, 2014

Cara Atasi Bayi Perut Kembung

Bayi Perut Kembung?

Bayi yang sering kembung perlu di sendawakan setiap kali selepas menyusu agar udara yang terkumpul di dalam perutnya keluar. Untuk pengetahuan anda, bayi yang minum susu terus dari payudara ibu kurang mengalami masalah ini berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol susu. Hal ini kerana ibu boleh mengawal sendiri aliran susu yang diminum bayi seterusnya mengurangkan jumlah angin masuk ke tubuh bayi. Bayi yang menyusu menggunakan botol banyak menelan udara yang telah tersedia terkumpul di dalam botol susu tersebut. Untuk mengelakkan masalah ini dari terus berlaku kepada bayi anda, berikut adalah panduan untuk mengatasi masalah kembung perut.

Pertama, anda perlu pastikan botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting agar tidak banyak udara masuk bersama semasa bayi menyusu.

Kedua, anda perlu sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.

Ketiga adalah anda harus tuam perutnya setiap kali selepas mandi.

Antara petua yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah perut kembung anak anda ini adalah dengan mengambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan dengan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit dan tekapkan daun tersebut pada perut bayi.

Petua yang lain pula ada menyebutkan anda boleh juga menggunakan daun sirih. Layurkan dua helai daun sirih dan letakkan pada perut bayi. Tutupkan dengan barut dan ikat dengan kemas.

Kaedah seterusnya adalah dengan ambil seulas bawang putih dan ketuk. Campurkan dengan sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan di atas bara dan apabila sudah suam-suam kuku, tuam pada pusat dan perut bayi dan telapak kaki bayi perlahan-lahan.

sumber : mingguanwanita

Wednesday, February 26, 2014

PESAN IBU TENTANG AYAH

PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..

Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

Thursday, February 13, 2014

PENGHAKIMAN PALING ANEH DI DUNIA

PENGHAKIMAN PALING ANEH DI DUNIA

Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. 

Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.

Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand:- 

Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?- 

Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?

Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:

Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!

Paderi besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. 

Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? 

Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka.

Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.Ya Allah! 

Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?

Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!

Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi

Wednesday, February 12, 2014

KHASIAT BIJI SELASIH

KHASIAT BIJI SELASIH

1. Dapat mengurangkan panas badan.

2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

3 Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).

4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.

6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.

7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Tuesday, February 11, 2014

RANGKAIAN PENDIDIKAN GENERASI DERHAKA

RANGKAIAN PENDIDIKAN GENERASI DERHAKA

Saban hari ada sahaja kes-kes penderhakaan. Buka facebook juga penuh dalam newsfeed kisah-kisah penderhakaan. Bermula dari anak derhaka kepada ibubapa, yang derhaka kepada suami, yang derhaka kepada majikan, yang derhaka kepada pemimpin, pada raja, pada negara, dan yang paling berat ialah DERHAKA KEPADA ALLAH. Mudahkan fikiran kita, itu adalah satu rantaian kederhakaan yang telah berlaku dalam umat generasi hari ini. 

Berita semalam memaparkan penangkapan 5 pelajar kolej yang membunuh pensyarah sekali dengan bapa penyasrahnya. Baru-baru ini tertangkap murid yang menggunakan ‘kerambit’ mencederakan guru yang menegur rambut PUNK nya. Kisah guru dipukul, dimaki, kereta guru dicalar, dibakar, dibocorkan tayarnya oleh murid semacam sudah amat biasa kita dengar.

Kelmarin kita disuakan dengan isu panas tentang bapa buat laporan polis kerana anak dirotan guru dan disuruh pulang ke rumah yang tidak sampai 100 meter dari sekolah disebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah. Ramai juga yang menyokong tindakan bapa kerana kononnya anak trauma, membahayakan anak yang diusir oleh guru walhal rumah beliau dekat sahaja. Kenapa tidak menyalahkan bapa yang tidak memantau kerjarumah anak? Tidakkah lebih trauma bila pihak guru dan sekolah sudah didakwa?

Baru-baru ini ada guru sekolah di seremban melapurkan kepada kami kes seorang pemandu lori yang berbadan tegap, menyerang guru sekolah kerana tidak puashati anaknya ditegur kerana ponteng dan ikut beliau pergi kenduri. “Semua guru bangsat” katanya. Seluruh guru dan tukang kebun terpaksa bersatu, lalu dihayun sibapa murid ini oleh cikgu dengan penyodok pasir untuk mempertahankan maruah guru. 

Polis masuk sekolah untuk benteras samseng junior kita protes. Kes bapa buat lapuran polis, saman guru, tukarkan guru bila anak dihukum juga sudah terlalu biasa. Senarai larangan menghukum murid yang terkini amat menarik sekali. Guru seolah-olah sudah tidak boleh menghukum murid sama sekali. 

Saranan nabi agar kita “rotan anak yang tidak solat di umur 10 tahun” kita persetankan saja. Ini semua adalah satu pembelaan yang menggalakkan pembentukan anak-anak derhaka. Sama saja kita sekarang dengan masyarakat barat yang tidak beragama dan mengalami gejala akhlak yang menggila. Lepas tu kita juga yang melolong bila anak jadi degil, kurang ajar dan derhaka.

MENDIDIK ATAU MENTERNAK?

Dahulu kita MENDIDIK anak. Ibubapa hantar anak ke sekolah dengan serahkan seutas rotan kepada guru sebagai simbolik ‘mendidik’. Pantang kita mengadu dirotan, bapa akan tambah lagi kerana berperangai yang memalukan mereka. Hasilnya kita berusaha menjaga akhlak dan mengikut segala peraturan lalu kita jadi manusia.

Sekarang ini kita MENTERNAK anak. Asalkan anak hidup dan tidak mengganggu sangat urusan harian kita, itu sudah dikira anak yang baik. Alangkah rendahnya ‘kualiti anak’ yang kita ciptakan melalui pendidikan gaya tablet, flappy birds, angry birds, candy crush dan banyak lagi. Mereka diam tidak mengacau urusan kita nak menonton sinetron, slot Akasia mahupun slot Zehra di TV. Tanpa sedar, itulah satu pendidikan anak derhaka.

Kata orang tua, istilah lain bagi derhaka ialah “Anak kurang Ajar!!”. Memang sebenarnya kurang ajaran secara mendidik. Tablet diberi untuk anak berkeliaran dalam alam maya mencari keseronokan yang kebanyakannya berunsurkan lagho dan maksiat. Jangan hanya ingat maksiat itu sekadar anak menonton pornografi sahaja. Membuang masa bermain permainan internet juga satu bibit kemusnahan yang membawa kepada maksiat-maksiat lebih besar. Saudara mara datang pun mereka tidak peduli untuk menyapa dan bersuai kenal. Dipanggil buat tak tahu kerana leka. Menolong ibubapa jauh sekali.

Hari ini ramai yang tidak sensitif dengan gejala kecil yang dibiarkan sehingga ia membentuk gejala lebih besar. Anak umur 8 tahun menonton rancangan Mat Saleh “Sex and The City” ataupun “Friends” pada mereka itu tidak bahaya. Sedangkan itu satu bentuk doktrin halus dalam mempromosikan seks bebas. Bila masa kita yang sibuk seharian ini nak nampakkan kepada anak bahawa itu salah dan ini betul? Jika semuanya dihadapkan kepada mereka seolah-olah tiada halangan dan seolah-olah semuanya betul belaka.

FENOMENA ANAK TIDAK DENGAR KATA

Kajian saintis menunjukkan anak yang sudah terlalu leka dan seronok dengan gajet ini bakal mengalami masalah sensitiviti yang amat rendah pada deria telinga mereka. Allah jelaskan berkali-kali agar kita menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati (QS: 17/36, 16/78) dalam proses pendidikan. Namun gejala ini telah mematikan fungsi deria paling utama dalam pendidikan, iaitu pendengaran. Ini adalah asas kepada pembentukan anak derhaka, apabila kurang sensitiviti serta respond mereka terhadap panggilan murobbi.

Adakah anak kita bersegera semasa dipanggil? Adakah anak kita bergegas bangun apabila diarahkan melakukan sesuatu walaupun mereka sedang menonton rancangan TV kegemaran mereka? Adakah kita sentiasa membelai anak kita semasa mereka salah dan semasa baik? Atau kita sekadar berkata “Biarlah, budak-budak”. Benar mereka budak-budak pada hari ini, tetapi mahukah kita dengan habit itu mereka dibesarkan? 

UMUR 13 TAHAP RAPUH, BERMULANYA PENDERHAKAAN NYATA

Dari kajian sosiologi dan perkembangan ekologi manusia, anak-anak yang bejat akhlaknya bermula nampak padahnya pada umur 13 tahun. Itu transisi antara kanak-kanak kepada remaja. Inilah antara sebab kami bertindak pantas menutup cawangan kami di Sg Pelek. Godaan dari gejala seks bebas amat kuat sekali. Bayangkan perasaan anda jika kes berikut ini berlaku kepada anak anda. Kutu kampung sekitar 15 an tahun yang bersidai di depan masjid bertanya anak-anak lelaki kami yang keluar dari masjid untuk berjalan kaki pulang ke rumah… “ada kakak yang umur 13 tahun tak? Bagi kat kami boleh?”

Anak-anak kami yang bertudung labuh tidak terkecuali. Keruntuhan akhlak berlaku dimana sahaja. Hanya sebulan dua selepas kami tempatkan anak kami di desa itu, mereka telah berjaya mempengaruhi seorang anak remaja kami yang baru masuk tingkatan 1 sekolah menengah. Diam-diam diberikannya telefon bimbit siap dengan simkad prabayar dan asyik minta untuk buat temujanji. 

Mujur juga, ia terjadi kepada anak kami yang sentiasa dilatih untuk saling apit mengapit. Gejala itu segera kami kesan dan rawat. Jika anak-anak ini tidak diperhatikan oleh jemaahnya yang telah diberikan didikan dengan pendirian dan akhlak Islam, pasti hanyut juga mereka untuk bersedap-sedap pada fasa permulaan puberty. Itu fasa yang sangat bahaya. Ia berpadanan dengan banyak statistik kehamilan muda yang kebanyakannya bermula dari umur 13 tahun. Nauzubillah. 

Kebejatan yang berlaku pada umur 13 tahun itu satu penderhakaan yang besar dan ia berlaku melalui penderhakaan kecil yang dibiarkan dari mereka kecil lagi. Kita boleh tempeleng “Sazali” setelah dewasa, tetapi nanti beliau akan kata, 

“Jika 10 tahun dahulu Ayah tampar Sazali, mungkin tidak Sazali jadi begini”, bukankah fenomena ini sudah berleluasa sekarang? Tidakkah kita mahu mengambil pelajaran?

Selebihnya, kita fikirkanlah sendiri. Kita menternak atau mendidik anak? Jika sekadar menjadikan anak pandai, pagi-pagi bangun hantar anak ke nursery dalam keadaan belum mandi mengharapkan semua nursery yang lakukan. Balik kerja ambil anak dari nursery dan terus kita berikannya tablet untuk mereka tenang dan tidak ganggu kita menonton. Lepas isya kita terus tidur untuk rehat bagi kerja esoknya. Hujung minggu kononnya kita nak berikan masa kualiti untuk mereka dengan membawa mereka ke KLCC atau berkelah. Kami ucapkan “SELAMAT BERJAYA”. Itulah kaedah anak kita diternak menjadi penderhaka. 

GENERASI PENDERHAKA YANG MENYELURUH

Pada hari ini, penderhakaan kita sudah masuk satu pusingan lengkap. Kami panggil ini PENDERHAKAAN YANG SEMPURNA. Pemimpin yang derhaka kepada Allah akan diderhakai oleh rakyatnya. Bapa yang derhaka kepada Allah akan juga diderhakai oleh anak isterinya. Isteri yang derhaka kepada suami akan juga diderhakai oleh anak-anak mereka. Guru yang derhaka akan diderhakai muridnya. Pelajar yang derhaka kepada gurunya akan diderhakai oleh semua rangkaian orang di bawah pimpinannya, biarpun mereka berjaya dalam pelajaran. Itu sudah pasti.

Hari ini jika buka di newsfeed sahaja, berjujuk-jujuk pencarutan kerana perbedaan fahaman politik. Tok guru, ustaz dan alim ulamak dicarut dan dikutuk sewenang-wenang. Adakah keberkatan ilmu lagi? YAB, YB mahupun KDYMM semua itu mereka bedal dengan carut-carut yang hanya menambahkan panas yang telahpun sedia panas. Mahu kami Tanya, bilakah mahu selesai dengan cara itu? 

Allah dah ajarkan semuanya tentang adab-adab menegur pemimpin sekalipun pemimpin itu zalim, tetapi mengapa manusia yang berkepiah dan beserban dengan gelaran ustaz-ustaz dari parti yang menggunakan nama Islam juga menghentam dengan carutan-carutan kasar? Tidakkah mereka membaca Al-Quran sampai habis? Atau mereka sekadar mengambil Al-Quran atas isu-isu yang mereka suka sahaja? Lantas mereka sendiri dicarut oleh pihak lain, mahu kita salahkan siapa?

SIBGHATULLAH - KEPIMPINAN, PENDIDIKAN MELALUI TAULADAN

Jika anak tidak dididik untuk MENDENGAR KATA semenjak mula mereka faham bicara, mereka akan membesar menjadi manusia yang mudah memberontak dan murung. Kami praktis bermula umur 1 hari melalui proses stimulasi. Kami minta ibu-ibu tunjukkan uswah secara semulajadi melalui konsep kepimpinan melalui tauladan ini. Tidak lebih 10 saat, panggilan anak melalui tangisan mesti kita attend untuk melatih sensitiviti telinga mereka melalui sensitiviti telinga kita. Anak tidak boleh diletak jauh sehingga kita tidak boleh dengar tangisan atau lihat jasadnya untuk dirawat.

Di RPWP, bentakan melalui bahasa badan anak juga kami fahami dan sensitif untuk bertindak. Jika kita lihat seorang anak itu seperti bermasalah dan ditanyakan “Ada masalah ke? Masam je muka? “ dan anak sekadar menjawab “Takde apa-apa” dan terus membisu, itu juga kami sudah anggap satu penderhakaan. Jika kami panggil anak lambat menjawab, kami larang anak langgar, kami suruh anak tidak buat, itu sudah dikira derhaka. Derhaka besar akan berlaku jika derhaka kecil tidak kita tangani.

Jangan ajarkan anak kita tentang akhlak, mereka akan lupa. Tetapi tunjukkan contoh akhlak yang baik, anak akan menirunya. Jangan cuba nak ubah fitrah, jika bapa dan ibunya ketam yang berjalan mereng, jangan harap anak jadi seorang manusia yang berjalan lurus. 

Pendidikan di RPWP agak kolot. Kerana kami mengambil model pendidikan nabi-nabi dan para tabi’in yang telah dilupakan pada hari ini. Jika adapun, mereka sekadar tebuk-tebuk sahaja modulnya untuk mencari keuntungan dengan pendidikan sebegitu. Tapi kami mengambil konsep sibghahtullah (acuan / rendaman Sistem Allah) seperti penyaduran yang berlaku dalam proses elektrolisis yang juga melalui kaedah rendaman ini. 

Binalah persekitaran yang baik, kekang anasir luar dari masuk ke dalam persekitaran SEBELUM anak-anak ini sempurna dalam pembinaan kekuatan akhlak untuk menangkis anasir itu. Mereka juga akan keluar berhadapan dengan segala kebejatan, tetapi pada ketika itu, mereka tidak melihat wanita seksi berbaju jarang untuk penyedap mata, tetapi sebagai sumber mereka melihat bainat kerosakan alam dan mengkaji penyelesaiannya. 

KESIMPULAN

Hari ini anak yang kita panggil tidak menyahut kita biarkan saja, mereka membentak juga kita biarkan. Kita tidak sensitif dengan bahasa badan anak yang membentak dan tidak menghiraukan derhaka-derhaka kecil sehingga derhaka besar tak mampu kita kawal. Api jika kecil mampu kita tiup dan siram untuk padamkan, tetapi jika sudah marak, kita terpaksa pasrah melihat ia terus membakar. Jika mampu kita buat sekalipun ialah dengan mengawal api dari membaham rumah-rumah lain. 

Jika anak kita hari ini berumur 13 tahun dan sedang hamil anak luar nikah, pendidikan sudah kurang berguna ketika itu. Jika hudud (batas) tidak kita laksanakan dalam keluarga, nanti kita akan hanya mampu melihat dan mengawal kerosakan itu dengan qisas / hukuman agar tidak merebak kepada anak-anak yang lain dengan ilmu (air / wahyu). Yang terbakar sudahpun hangus.

Renung kisah pendedahan akhbar mengenai pengakuan seorang isteri yang berselingkuh semasa suami bertugas diluar negara kelmarin. Jika seorang isteri sudah hilang hormat dengan suaminya hanya kerana bergaji lebih besar dan suami hanya duduk dayus membiarkan tanpa ada penegasan, maka tunggu sahaja perceraian berlaku. Hari ini mungkin isteri akan cakap “Tak apalah yang, I kerja untuk keluarga kita juga” tapi bila dah menyampah, keluarlah pula bahasa derhaka sebegini…

“Asyik-asyik saya kena bayar, rumah pun saya bayar, kereta pun saya bayar… awak punya gaji setakat pergi Giant beli barang dapur sahaja, itupun tak cukup”.

Suami dayus akan tunduk, tetapi suami yang benar-benar merijal akan bangkit dan berikan kata dua. Penderhakaan isteri juga sama seperti penderhakaan anak, ada tanda-tanda awal yang kita perlu bijak membacanya. Tanda-tanda mudah ialah, isteri mula mengarah-ngarah, kurang layanan, kurang memasak untuk suami dan anak, kurang mesra, terlalu taksub dengan kerja sehingga menolak suami yang mahu “bersama”. Jika tanda-tanda begitu dibiarkan… tunggu sahaja isteri failkan cerai satu hari nanti. Jika tidakpun, tunggu sahaja berita isteri berselingkuh. 

Kami bercakap tidak sekadar copy paste tetapi semua ini ada dalam fail kami. Banyak sekali kes-kes sebegini dirujuk kepada kami. Kami juga menganalisa gejala ini berpadanan dengan pelbagai statistik yang dikeluarkan pelbagai jabatan termasuk statistik perceraian yang kini sudah meningkat kepada lebih 3 pasangan dari 10 perkahwinan akan mengalami perceraian. 

Jangan kita pandang remeh ancaman Allah dalam isu ini kerana “Ia mungkin rumahtangga kita”. 

Analisa Fenomena Derhaka.

Photo: RANGKAIAN PENDIDIKAN GENERASI DERHAKA

Analisa Fenomena Derhaka
WARGA PRIHATIN

Friday, January 24, 2014

Potong Kuku Ikut Sunnah

Tahukah anda antara amalan sunat pada hari jumaat adalah m emotong kuku. Mari pelajari cara2 memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

Perkongsian ini amat menarik buat saya, dalam kehidupan ini lebih baik jika kita menuruti sunnah2. Jadi anda mahu potong kuku jom ikut Sunnah2 nie.

Selamat berhari Jumaat yang mulia semua...

Monday, January 6, 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan: Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:-

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Sumber Asal: 

Saturday, December 28, 2013

TIPS CARA MENERAN DGN BETUL SEMASA BERSALIN

TIPS CARA MENERAN DGN BETUL SEMASA BERSALIN

1. Angkat kepala dagu cecah dada. 

2. Mata pandang perut 

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali) 

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan lemah

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina 

6. Tarik nafas sedalam yg boleh & teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda.

7. Teran sekuat yg terdaya selama yg boleh & curi nafas then sambung teran tiap kontraksi

8. Semasa kontraksi je push sbb masa tu baby pun gerak sama so jgn buang masa

9. Baca bismilah, selawat

Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.Bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kpd anda

Wednesday, November 27, 2013

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Silakan copy, share atau apa sahaja tanpa perlu meminta izin untuk manfaat bersama.

Wednesday, October 30, 2013

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

5. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

6. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

7. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

8. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

9. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...