Monday, November 19, 2012

Istanbul Aku Datang Beto Memang Best



17 November 2012 aku dan anak2 pergi menonton wayang at GSC Amanjaya Mall (Mall baru kat Sungai Petani ni) cerita nya Istanbul Aku Datang. Apa yang aku suka tentang cerita ini ialah pelakon2 yang melakonkan watak dlm cerita ini semua aku minat dan hebat-hebat belaka. Lisa & Beto fuhh mantap lah lakonan korang.





Sedikit Jalan Cerita Untuk Di Kongsi Bersama : -
Dian seorang blogger yang aktif. Sentiasa update blog tentang persekitaran dan well boyfriend lah. Dian pergi ke Istanbul untuk well study dan harapan penuh dan satu ialah untuk bertemu kekasih hatinya yess Azad. Dian terpaksalah menumpang di rumah Azad. Kerna Dian tak bercadang pun nak menyewa kat rumah sewaan lain. Apatah lagi Dian masih baru kat Istanbul nie. Dian seorang gadis yang berdikari, mampu menyelesaikan masalah sendirian.
Dian tinggal bersama Azad, tanpa di duga Dian, Azad menyuruhnya mencari rumah sewaan yg lain, dengan alasan, tak manislah katakan. Dian berusaha keras mencari rumah sewaan, tanpa di duga oleh Dian dia ketemu Cihan, lelaki yg pertama sekali Dian bertemu setelah sampai di Istanbul. Cihan menyewa kan apartment yg di katakan milik daddy nya kepada Dian. Dian amat2 lah gembira sekali. Tanpa di duga ingat panas sampai ke petang rupanya mendung di tengah hari, Dian terkejut dia telah di tipu oleh Cihan, now Dian terpaksa berbumbung dengan seorang lelaki misteri iaitu Harris lah pulak, nasib baiklah lelaki itu orang malaysia jugak.
So bermulalah jalan cerita panas sejuk dan suam kuku, gaduh baik perang mulut. Nak dijadikan ceritanya Azad terkejut tergempar ingin melawat apartment sewaan Dian, Dian terpaksa mencari berbagai2 alasan untuk tidak menemukan Azad dan Harris. Akhirnya apa yg Dian tutupi terbuka terbongkang, Azad bertentangan mata dengan Harris aduih kesian sekali pada Dian. Dimarahi dimakii oleh Azad (cemburu la tue), Harris jatuh kesian pada Dian dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Harris ketemu Azad pergaduhan berlaku. Terbongkar Azad dan punya kekasih di Istanbul. Kecewanya Dian tak terkata. Harris lah yg menjadi tempat mengadu dan bermanja.
Akhirnya Azad menyesal dan melamar Dian. Antara mahu dan tidak Dian mengikut kemahuan dan lamaran Azad. Kasihannya pada jejaka romantik dan tampan Harris, terpaksa menerima kenyataan kekasih di ambil orang. Rupanya manis masih ada, pujukan demi pujukan dari Harris berjaya menambat hati Dian, Lastly Dian dan Harris bersama.
Wow romantiknya setelah Beto muncul jalan cerita ini makin best dan menarik sekali.











Actually aku memang minat pada Lisa sebab lakonan beliau menjadilah sesangat.



Beto Kusyairy wah aku minat sangat lakonan beliau, lakonan yang bersahaja tetapi menusup ke hati ku romantik sungguh lakonan Beto nie. Pengarah tak silaplah memilih pelakon. Beto nampaknya amat berpengalaman dalam berlakon. Syabas.


Wajah tampan seorang pelakon yang hebat







Para pelakon Istanbul Aku Datang
Oleh sebab aku minat kat Beto nie aku nak letak banyak2 gambar beliau








6 comments:

  1. Aah beto mmg best, bley ganti aaron plak pasni. mula ska dia bla tgk cite aku, dia dan tong sampah, mmg best lakonan dia, cool jer!

    ReplyDelete
  2. Iyer ker, aku dia dan tong sampah tak tgk lagi crita nie nanti nak download lah, thanks

    ReplyDelete
  3. Gaya beto dalam istanbul aku datang ni dah macam pelakon korea dah..... wahhhhhh!!!!!!! suka3.....!!!!

    Nak share gambar beto boleh?????

    ReplyDelete
  4. mcm best je..... ni kene tgok ni.... :)

    ReplyDelete
  5. Bagi saya beto lbh hebat dr eron,adi ptra even syahizie sam. Lakonan beto secukup rasa tak over n tak kurang. Harap 1 hr beto terima best actor

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...