Friday, November 9, 2012

Lima Kes Jenayah Yang dasyat yang Menggemparkan Malaysia



Pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris hampir 17 tahun lalu disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak.

Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.

Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang dengan kapak selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh itu.

Mona Fandey

Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 memutuskan ketiga-tiganya bersalah membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan rayuan mereka untuk mengurangkan hukuman juga ditolak.

Pada 2 November 2001, mereka menjalani hukuman itu di Penjara Kajang dan jenazah Mona dan Mohd Affandi dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang pada jam 11.05 dan 11.30 pagi, manakala jenazah Juraimi dimandi dan dikebumikan di kampungnya iaitu di Teluk Gong, Klang, pada 11.15 pagi hari sama.
_____________________________________________________________



Pesalah, seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak, Hanafi Mat Hassan didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Tertuduh yang pernah berkahwin empat kali, juga dipenjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.

Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Hanafi telah menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2008.
_____________________________________________________________




Kes Rogol dan Bunuh Canny Ong

Canny Ong diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871. 

Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu. Mayatnya tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.



Suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.

_____________________________________________________________


  
Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya

Berita kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mula tersebar di laman sosial Twitter semasa pertengahan bulan Ramadhan 2010. Pada 12 Sep 2010, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh. Menurut Utusan, keempat-empat mayat dah salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ialah di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebut dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.

Jam tangan mewah milik Sosilawati yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes tersebut.
Kes ini masih dalam perbicaraan dengan empat orang suspek sudah mengaku bersalah manakala empat suspek lagi temasuk suspek perancang utama, bekas peguam N. Padmanabhan masih dibicarakan kerana tidak mengaku bersalah.

_____________________________________________________________

Kes Bunuh Nurin Jazlin


Nurin Jazlin Jazimin merupakan anak kedua pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman daripada 3 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah Polis Diraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan (BBK).


Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayat tanpa pakaian dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.
Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali.
Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu. Akhirnya beliau disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Ibubapa beliau beserta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.

Kes ini masih dibuka, tiada pendakwaan dilakukan kerana petunjuk yang sangat sedikit. Terdapat satu rakaman kamera litar tertutup di tempat mayat dijumpai yang menunjukkan seorang lelaki yang menaiki motor meletakkan beg berisi mayat Nurin, tetapi ia terlalu kabur. Namun perbuatan jenayah ini disyaki dilakukan oleh penjenayah yang beroperasi dari van putih, dan besar kemungkinan terdapat lebih dari seorang penjenayah yang terlibat. Nantikan bahagian kedua siri ini.


_____________________________________________________________


Kes Bunuh Warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu


Shaariibuugiin Altantuyaa atau Altantuya Shaariibuu, seorang warga Mongolia, adalah mangsa bunuh yang sama ada dibunuh menggunakan bahan letupan C-4 atau dibunuh dahulu kemudian mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C-4 pada 18 Oktober 2006 di sebuah kawasan tinggal di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada dua orang tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada 9 April 2009 yang didapati bersalah membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Pelbagai kontroversi terpaut dengan kes ini, contohnya dalam satu kenyataan bersumpah semasa perbicaraan tentang kes hasutan pada Jun 2008, seorang penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin berkata yang melalui “sumber yang boleh dipercayai”, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya adalah salah seorang individu yang berada di tempat kejadian jenayah semasa Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Dua orang individu yang turut disebut dalam kenyataan bersumpah tersebut, pasangan suami isteri Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan telah memfailkan saman fitnah kepada Raja Petra. Aziz meminta Raja Petra memohon maaf untuk diterbitkan di laman sesawang dan akhbar, serta kenyataan bersumpah tersebut dipadamkan dari blog beliau serta ganti rugi bernilai RM 1 juta. Kaunsel Raja Petra kemudiannya mendakwa artikel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ pada 25 April 2008 dimuat naik ke laman blognya tanpa keizinan dan pengetahuan Raja Petra.

Raja Petra seolah-olah menjauhkan diri dari kenyataan bersumpahnya dalam satu temuramah televisyen selepas itu, mendakwa yang tuduhannya yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan pembunuhan Altantuya adalah informasi berulang yang diberikan padanya oleh pihak pembangkang dan bukannya informasi yang diketahuinya sebagai benar.

Kes bunuh Altantuya kini juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.
Untuk informasi penuh, sila ke Wikipedia.



_____________________________________________________________

Kes Rogol dan Bunuh Nurul Huda Abdul Ghani


Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dalam pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad di Tanjung Kupang, Johor pada tahun 2004. Basikalnya ditemui di luar pndok tersebut. Dia dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan.


Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu, Mohd Abbas Danus Baksan ditahan selepas bergelut dengan polis kerana enggan membuka pintu pagar pencawang dan sebaliknya menyerang polis yang cuba memasuki kawasan itu.

Nurul Huda ialah anak bongsu Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekajang, Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sekolah tempat anaknya belajar. Ghani mempunyai sembilan anak.

Kejadian dikatakan berlaku setelah Nurul Huda keluar untuk membeli barang di kedai runcit berhampiran, manakala pondok tersebut terletak hanya 100 meter dari rumahnya dan Nurul Huda perlu melalui kawasan pencawang tersebut untuk ke kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun, pada tahun 2008 Mohd Abbas telah terlepas dari hukuman mati kerana semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh Mohd Abbas setelah dia mengemukakan rayuan kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana membunuh Nurul Huda.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Jan 2004, selepas dia mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.

Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan “Jojo” merogol budak perempuan itu.

Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.

Katanya (Jagdish) hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas telah membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis dan abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.
Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.

“Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan pembunuhan itu. Tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan,” katanya.

Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana pada masa itu berumur 52 tahun.



_____________________________________________________________

Kes Bunuh Nurul Nadirah @ Dirang


Nurul Nadirah @ Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas oleh ibunya, Roselyn Alan, 25. Roselyn memberikan RM 4 kepada Dirang untuk membeli telur ayam dan dua bungkus mi segera di kedai runcit yang terletak di tingkat bawah blok di sebelah rumahnya. Rumah mereka terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.


Berikutan kehilangan Dirang, gerakan mencari beliau dilaksanakan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Kehilangan Dirang juga mendapat liputan meluas pihak media.

Pada 8 Mac 2012, mayat kanak-kanak yang rentung telah dijumpai di sebuah kawasan tanaman kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 20 KM dari Flat Seri Delima. Pada 12 Mac 2012, mayat rentung itu disahkan oleh pihak polis sebagai Dirang melalui ujian DNA.

Bapa kandung Dirang, Handri Yongot, 35 pada mulanya disyaki sebagai suspek, tetapi kemudiannya dibebaskan dari tuduhan dan dihantar ke Filipina, dari mana dia datang sebelum memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Seramai tiga orang suspek termasuk seorang wanita direman untuk siasatan kes pembunuhan Dirang.

Bagaimanapun, pada 27 Mac 2012, Muidin Maidin, 24, jiran Roselyn, telah didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika disabitkan kesalahan.

_____________________________________________________________


Kes Bunuh Noritta Samsudin

Norrita Samsudin, seorang eksekutif pemasaran dan model sambilan ditemui mati di unit No. D71, Kondominum Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur oleh rakan serumahnya, Nor Azora Hamid pada pukul 4.00 pagi Jumaat, 5 Disember 2003. Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 12.30 tengahari hari sebelumnya hingga 4.00 pagi dia ditemui.

Jenazahnya di bawa ke rumah keluarganya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis. Pada 7 Disember 2003.

Polis kemudiannya menahan Nor Azora Hamid, 25 dan teman lelakinya Kenneth Michael Yap Teik Huat, 38, untuk membantu siasatan.

Seramai lapan suspek termasuk dua yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu telah ditangkap. Hasil ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) mendapati salah seorang suspek tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

22 Disember 2003, Hanif Basree Abdul Rahman di hadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kes perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 Mei 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.

Bagaimanapun, Jurutera Hanif Basree Abdul Rahman yang dituduh membunuh eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini 1 Julai 2005.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berkata, pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti yang cukup untuk mewujudkan kes prima facie terhadap jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu.

Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2008 kemudiannya mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan Haniff Basree.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel lima hakim memutuskan demikian dengan sebulat suara semasa menolak rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan membebaskan Hanif Basree yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebuah akhbar melaporkan bapa Noritta sebagai berkata:

Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. Yang penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya.

Menurut satu sumber, ibu dan bapa Allahyarham Noritta telah bercerai selepas kejadian itu, dan bapa Noritta telah meninggal dunia beberapa tahun selepas kes itu berlaku manakala ibunya telah berkahwin semula.

_____________________________________________________________




Kes Bunuh Along Spoon @ Sabi’ul Malik

Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafiee, ialah penyanyi kumpulan Pop Rock, Spoon. Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 6 Januari 2000.

Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along dipercayai telah dibunuh di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.

Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan ditemui semula dalam keadaan hidup.

Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 2000.

Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.

_____________________________________________________________

sumber : ohberita



7 comments:

  1. teringat masa kecik2 dulu kes Mona Fandey .. menakutkn

    ReplyDelete
  2. Semuanya dasyat2.. terutamanya kes Mona Fendy tu..

    ReplyDelete
  3. kebanyakan kes diatas tu semua berlaku masa zaman budak2 lagi.tapi sampai sekarang masih ingat..seram..!

    ReplyDelete
  4. memang dasyhat kan, saya pun seram gak nie

    ReplyDelete
  5. memang dasyhat kan, saya pun seram gak nie

    ReplyDelete
  6. tngok mke mona fendy pon tkut...serammmm....wlaupun time tu x d lhir kn lgi tp sjrah tntng dy ttp ader...

    ReplyDelete
  7. melihat kpd perlakuan jenayah hari ini...ianya sangat membimbangkan...di halaman sendiri pun belum tentu selamat.ALLAH..ALLAH..ALLAH..

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...