Semalam ketika menonton berita terlihat berita sedih ini, ketakutan mula melanda apabila terlihat 4 mangsa nahas di susun atas jalan, ajal maut semua Allah tentukan. Al-Fatihah
POKOK SENA: “Sukar menggambarkan perasaan ketika itu dan kaki saya tiba-tiba menggigil sebaik melihat nombor pendaftaran Perodua Viva yang terbabit kemalangan itu milik ayah.”
Kata Mohd Anuar Shafie, 32, anak kedua tukang gunting, Shafie Hamid, 57, yang terbunuh bersama isteri, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24, selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, semalam.
Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Mohd Anuar berkata, dia melalui kawasan berkenaan dan melihat orang ramai mengerumuni sebuah Perodua Viva dan lori yang terbabit kemalangan ngeri, namun tidak mengesyaki apa-apa selain beranggapan ia hanya kemalangan biasa.
sumber : myMetro
Allah!!
ReplyDelete