Tuesday, December 11, 2012

Alam Barzakh / Alam Roh Selepas Mati


Pada 8 Disember 2012, saya dan keluarga dikejutkan dgn berita yang amat sedih apabila adik ipar yang masih muda dan masih menuntut telah kembali ke rahmatullah. Kesebakkan dan kehibaan meyelubungi keluarga sebelah suami dan saya sendiri pun merasai kehibaan tersebut.

Kematian, setiap manusia yang bernyawa pasti takut akan kematian. Di mana kita sendiri pun tidak tahu bagaimana rasanya kematian. Yang pastinya di dalam hati kita yang bernyawa ini pasti gundah gulana akan soal kematian dan mati.

Bagaimana rasanya mati, macammana cara kita akan mati, berbagai2 persoalan bermain2 di minda. Yang pastinya setiap kehidupan akan bertemu kematian. Aduih takut benar rasanya, cukup kah sudah ilmu di dadaku, rasanya masih banyak yang perlu kupelajari.

Kata orang selepas mati roh akan keluar dan berlegar2, dimana agaknya roh akan pergi, disini saya ingin mengupas persoalan yang saya sendiri timbulkan pada waktu ini...saya google dan terus mengoogle akan persoalan yang menyemakkan kepala otakku yang bisu ini.

Yang pastinya suatu ketika nanti aku jua akan dijemput untuk kembali ke Alam Barzakh alam yang berlainan sekali. Di saat itu harta benda sudah tiada nilai lagi. Yang dinilai cuma amalan selama hidup.

______________________________________________________________
Firman Allah SWT maksudnya: 

“(Demikian keadaan orang-orang kafir itu) hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” 

(Surah al-Mukminun ayat 99-100 )


Imam Mujahid (tabien dan anak murid Ibnu Abbas radiallahuanhu) dan Ibnu Zaid berkata tentang ayat ini:

“Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi)
(Kitab Ar-Roh, Ibn Qayyim, ms 20)



Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya :


"Kubur itu sama ada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. "
(Hadis Riwayat Tirmizi).



Roh manusia selepas kematiannya untuk menerima perintah Allah, dicatatkan sama ada mereka di Illiyin atau di Sijjin, kemudian akan dikembalikan kekuburnya untuk disoal, tidak dikembalikan kesana lagi. Roh orang yang beriman ditempatkan di Illiyin berdasarkan pahala amalan mereka, begitu juga roh orang kafir ditempatkan di Sijjin berdasarkan amalan dosa mereka.


Mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’

(Hadis Riwayat Tarmizi).


Oleh itu, waris si mati hendaklah segera melunaskan hutang piutang simati dengan menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan sebelum difaraidkan. Sekiranya simati tiada meninggalkan harta atau tidak mencukupi maka waris hendaklah berusaha mencari jalan melangsaikan hutang itu seberapa segara.

Semua orang mukmin berdoa semoga saat kematiannya beroleh husnul khatimah (kematian yang baik) dan berhajat agar rohnya nanti berada di Illiyin dan menduduki di alam barzakh seperi taman-taman syurga. Tetapi tidak ramai yang berfikir dan membuat persediaan supaya mendapat apa yang dihajatkan.

Jika kita inginkan kemuliaan di alam barzakh dan hari akhirat dengan mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah SWT ketika disana maka perlulah JASAD dan ROH kita ketika di dunia ini melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan-Nya.

JASAD perlulah melakukan amal ibadah, amal soleh, amal makruf nahi mungkar,berjihad dijalan Allah SWT dan berakhlak mulia (menjaga lidah, mata dan anggota lain).Jauhkan diri daripada memfitnah, mengumpat, berdedahkan aib orang lain dan jangan memutuskan silaturahim.

ROH pula dibersihkan daripada syirik dengan beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, sentiasa dihidupkan dengan berzikir, membaca al-Quran, berdoa, bertawakal , menjauhkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan melakukan amalan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT .Jauhkan daripada hasad dengki, sombong, bongkak, takbur, bakhil dan cinta dunia.

Jika persiapan ini dapat kita lakukan insya Allah , kita akan kembali kepada Allah SWT dalam keadaan reda meredai.

Firman Allah SWT maksudnya :


"Wahai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan reda dan diredai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..." 
(Surah al-Fajr ayat 27-30)

sumber : pseudosupra




5 comments:

  1. semoga entry ni bg manfaat pada kita semua.. terima kasih yeppp berkongsi info....!

    ReplyDelete
  2. setiap yg hidup pasti akan mati

    ReplyDelete
  3. Alam barzakh adalah rahsia Allah SWT..hanya sedikit dikongsikan dgn kita semua... berdoalah agar kita selamat di sana... amiinnnn

    ReplyDelete
  4. Adam AS dijadikan dari 2 kejadian iaitu KEJADIAN ZAHIR dan BATIN...kejadian fizikal dan spiritual.

    Kejadian fizikal Adam AS disebut dlm Al Quran terdiri dari saripati yg diekstrak dari tanah yg mengandungi gas asli, bahan mineral dan vitamin termasuk gas oksigen, hydrogen, nitrogen dll begitu juga dengan bahan galian asli seperti kalium, sodium, fosforus, mangnesium dsb serta vitamin yg terdiri dari vitimin A, B, C, D, K dsb.

    Apa yg dijadikan di bumi akan tinggal di bumi.

    Manakala kejadian rohaniah Adam AS pula terdiri dari ‘ROH ALLAH’ yg dihembuskan ke jasad Adam mengandungi Annur dan Annar.

    Yg ghaib akan pulang ke ghaib.

    Diri ZAHIR tinggal di kubur.

    Diri BATIN tinggal di BARZAKH.

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...