Tuesday, September 11, 2012

Anak Itu Ibarat Kupu-Kupu Syurga















Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

1) Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

2) Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

3) Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

4) Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi.

5) Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6 ) Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”




Jom Naikkan Trafik Blog!


Hari ni nak join segmen Mak Dara buat cerita tentang blog sendiri.Nak cerita banyak tak pandai apa yang pastinya, saya adalah seorang blogger baru yang masih lagi mencari2 dan bertanya2 tentang cara berblog, sebelum ini saya dapatkan serba sedikit ilmu berblog dari seorang teman blogger, dan masih lagi join segmen2 yang boleh menaikkan trafik blog. Apa yang aku suka post? macam2 aku akan postkan, dari cerita bisnes, kekeluargaan, agama segalanya, pantang aku nampak dan lihat, aku kan seorang blogger mestilah kena jadi penyibuk kan.

Kalau nak join klik banner, ingat TARIKH TUTUP SEGMEN NI JAM 6 PETANG SAT GI...


‘Tak sempat brek’

REMUK...anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
 
 
Berita ini memang menyayat hati kemalangan berlaku di Sabak Bernam. Jom la baca berita :-
 
SABAK BERNAM: “Ngeri saya melihat kepala seorang daripada mangsa pecah dan otaknya terkeluar,” kata S Kumar, 30, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mengakibatkan lima maut termasuk tiga sekeluarga di Kilometer 70, Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Parit Tujuh, di sini, semalam.
 Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Kumar yang memandu lori tiga tan bersama kelindannya dikenali sebagai Sivakumar, 25, dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak, selepas menghantar muatan telur ayam di Klang.
Tiga beranak yang terbunuh ialah Yeap Chin Hing, 52; anak lelakinya, Yeap Soon Keong, 19, dan anak perempuan, Yeap Chin Maei, 25. Turut maut dalam kejadian itu ialah dua wanita yang juga rakan Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.
Empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Chin Maei meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.
Kumar berkata, sebelum kemalangan dia melihat sebuah kereta Honda City dinaiki lima mangsa dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta lain.
“Ketika memotong, ia bergesel dengan sebuah Honda CRV dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan menuju ke arah lori.
“Kejadian terlalu pantas dan saya tak sempat mengelak atau membrek. Kereta itu terus merempuh bahagian depan lori.
Kumar berkata, walaupun impak rempuhan itu kuat, dia dan kelindannya bersyukur tidak cedera.
“Sebaik turun dari lori saya lihat kelima-lima mangsa dalam kereta itu tidak bergerak. Saya tidak berani nak tolong kerana kecederaan mereka yang terlalu parah,” katanya yang kemudian menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila kereta Honda City dari arah Sabak Bernam yang dipandu Chin Hing cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bergesel dengan sebuah Honda CRV di laluan bertentangan.
“Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum ia merempuh lori berkenaan. Semua mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, manakala seorang lagi mangsa iaitu Chin Maei yang parah dibawa ke Hospital Tanjung Karang. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.
Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tips – 10 Formula Bangun Awal Sebelum Subuh

 
 
Aku memilih untuk entrikan tajuk ini bukan apa untuk diriku juga, sebab apa ?  sebab aku ni susah sangat nak bangun awal pagi. Jam dah bunyi dan tgk pun time tapi tetap terlelap jugak, kalau ader sesapa leh tolong camner nak bangun awal bolehlah komen...
 
Tips ini saya dapat dari Blogger ini, bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.
  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi."
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.

Moga2 perkongsian ini dapat dijadikan amalan. Terima kasih.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...