Tuesday, September 25, 2012

Tupah - Kedah



Mai cek mai, cek mai kita ke negeri Kedah. Tempat peranginan yg saya nak perkenalkan ini ialah Tupah, terletak di kawasan bujang. Mungkin orang luar tak kenal akan tempat ini. Kerna ianya terletak di kawasan terpencil. Bila mai kedah jom ler singgah.

Matahari Akan Terbit Dari Arah Barat-Fenomena


Subhanallah...actually saya sebenar takut akan kenyataan ini, bukan apa ilmu tak cukup di dada lagi. Lambat atau cepat perkara ini akan berlaku dan terjadi juga kan. Masa nya tak siapa tahu, tapi dalam hati ini tetap punya sejuta ketakutan menguasai diri, di mana letaknya aku di sisimu Ya Allah.

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Rasulullah bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

BUAH NONA - Khasiatnya


Hari ni ada teman sudi beri saya makan buah nona. Oleh kerna itu saya bercadang untuk berkongsi bersama2 khasiat buah nona ini. Tak semua orang suka dan lalu makan buah ini. Tapi saya memang saya suka makan buah nona ni. Kalau nak makan kena la hati2 sikit sebab kalau yg masak tu kemungkinan ada makhluk akan makan sama2 kita itu ulat yg sama warnanya dengan warna buah. Okay selamat menjamu selera buah nona.



BUAH NONA / NONA SERIKAYA - Nama sainsnya Annona squamosa, Famili : Annonaceae Nama Latin : Annona reticulata. Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim). 

Ia dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Buah Nona Serikaya ini juga boleh dibiak dengan cantuman tunas tetapi kualiti dan hasil buahnya kurang memuaskan. Nona Serikaya boleh dimakan begitu saja apabila masak. 

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. 

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).

Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya. Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus (najis berdarah).

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...