BUAH NONA - Khasiatnya


Hari ni ada teman sudi beri saya makan buah nona. Oleh kerna itu saya bercadang untuk berkongsi bersama2 khasiat buah nona ini. Tak semua orang suka dan lalu makan buah ini. Tapi saya memang saya suka makan buah nona ni. Kalau nak makan kena la hati2 sikit sebab kalau yg masak tu kemungkinan ada makhluk akan makan sama2 kita itu ulat yg sama warnanya dengan warna buah. Okay selamat menjamu selera buah nona.



BUAH NONA / NONA SERIKAYA - Nama sainsnya Annona squamosa, Famili : Annonaceae Nama Latin : Annona reticulata. Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim). 

Ia dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Buah Nona Serikaya ini juga boleh dibiak dengan cantuman tunas tetapi kualiti dan hasil buahnya kurang memuaskan. Nona Serikaya boleh dimakan begitu saja apabila masak. 

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. 

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).

Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya. Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus (najis berdarah).

6 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...