Join...
Wednesday, November 14, 2012
Tidur pakai bra, berbahaya?
Kanser...semua orang tahu kan kanser adalah penyakit pembunuh, saya bila dengar perkataan kanser rasa seram cering semua bulu roma, kerana bila kita dah menghidapi barah, untuk ubati penyakit ini amatlah susah dan berkemungkinan sukar untuk pulih dan akan membawa maut. Salah satu pembunuh wanita masa kini ialah Kanser Payu Dara.
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? "Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara," kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.
"Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara," jelas Dr. Febriansyah.
Beliau berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah beliau, "Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit."
Begitu juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.
"Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar," ujar beliau.
Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.
"Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan," kata Dr. Febriansyah.
Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.

sumber : yahoo
Segmen - Jom Follow Sempena Cuti Sekolah
Hai, salam Maal Hijrah...
Sempena kemeriahan Cuti Sekolah ini saya nak join satu segmen dari ain.
Nak join leh la klik banner.
Jasad Berpelukan
| USUNG...anggota polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke Hospital Taiping. |

Semalam tersentuh dan sedih sangat dengan berita tentang kebakaran di Taiping, Perak ini. Bila ajal telah tiba, bila masa telah berakhir tiada apa yang dapat membantu melainkan amalan untuk di bawa bekal ke sana - Al-Fatihah pada arwah...
| PILU...anak mangsa yang terselamat, Ain Najwa (kanan) dan Azad Fahmi. |
TAIPING: Memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan.
Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam.
Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.
Bagaimanapun, empat ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, dan tiga lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.
sumber : myMetro
Subscribe to:
Posts (Atom)
Resepi Miang Kham
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...
-
Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Alquran CARA MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS | Cara terbaik adalah melembutkan hat...
-
Jom up follower sepantas kilat. Klik sini untuk join.. ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '
-
Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...