Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

SERANGAN JANTUNG DAN MINUM AIR PANAS


Satu artikel yang sangat baik yang mengambil masa dua minit untuk membaca. Serangan Jantung Dan Minum Air Panas.

Ini adalah satu artikel yang sangat baik. Tidak hanya kira-kira air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina dan Jepun dengan makanan mereka, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Ia adalah baik untuk mempunyai cawan minuman sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan pencernaan. Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. ia akan memperlahankan penghadaman kita. Sangat tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. ia adalah terbaik untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung - Anda perlu tahu bahawa tidak setiap gejala serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada..

Anda tidak mungkin mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Sakit di rahang boleh bangun anda dari tidur yang lena. Mari kita berhati-hati dan sedar. lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ..

Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca ini & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa ... Jadi, sila menjadi teman sejati dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang ..
 



Wednesday, November 14, 2012

Tidur pakai bra, berbahaya?

 
Kanser...semua orang tahu kan kanser adalah penyakit pembunuh, saya bila dengar perkataan kanser rasa seram cering semua bulu roma, kerana bila kita dah menghidapi barah, untuk ubati penyakit ini amatlah susah dan berkemungkinan sukar untuk pulih dan akan membawa maut. Salah satu pembunuh wanita masa kini ialah Kanser Payu Dara.
 
 
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? "Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara," kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.

"Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara," jelas Dr. Febriansyah.

Beliau berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Tambah beliau, "Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit."

Begitu juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.

"Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar," ujar beliau.

Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.

"Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan," kata Dr. Febriansyah.

Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.

Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.
 
sumber : yahoo

Wednesday, November 7, 2012

Selesema


Apa punca selesema? 
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya ia merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda. Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. 


Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi? 
Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 101 darjah F / 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan. Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka. 


Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya. 

Berapa lamakah selesema akan berlarutan? 
Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun. 


Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema? 
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja. 


Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. 


Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok. 

Bilakah saya perlu menghubungi doktor? 
Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan. Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika selesema berlarutan lebih dari lima hari; jika suhu anak anda melebihi 102 darjah F / 39 darjah C; atau jika dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan, atau mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya. 

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema? 
Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya: 


• Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.



• Oleh sebab bayi terlalu muda untuk menghembus hidungnya sendiri, laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi. 


Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.



• Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung. 


Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. 


sumber : babycenter

Friday, November 2, 2012

URUTAN STIMULATHERAPY

Amanpura Hotel

1 November 2012 saya mengikuti seminar keusahawanan ke arah jutawan yang senyap. Antara isi kandungan seminar ialah peserta di ajar untuk memulakan perniagaan sendiri, diajar tentang perniagaan urutan stimulatherapy dan berniaga secara berendah diri seminar ini diadakan       di Hotel Amanpura Sungai Petani, saya di invite oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah untuk mengikuti seminar ini secara percuma.

Peserta diberi keutamaan untuk mencari perniagaan yang orang cina buat, kerana bila orang cina berniaga perniagaan itu pasti yang membawa keuntungan. Cuba tengok perniagaan yang orang cina tak buat pasti tak menjadi kan. Okaylah saya di sini untuk berkongsi sedikit sebanyak apa itu urutan stimulatherapy, kursus urutan ini pun diadakan selama  6 bulan, tetapi kos untuk kursus  ini agak boleh tahan jugak RM5000 ++. 



URUTAN STIMULATHERAPY adalah sejenis terapi rangsangan  ke atas 14 saluran dan 395 titik tenaga pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan Yin Yang. Konsep asas Stimulatherapy adalah untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan melalui keseimbangan pengaliran tenaga kepada organ-organ penting dalam tubuh seperti peparu, jantung, limpa, hati, ginjal dan sebagainya.

Tubuh kita dijadikan oleh Allah S.W.T mempunyai satu keupayaan yang ramai orang tidak sedar dan jarang disyukuri iaitu keupayaan untuk mengubati dirinya sendiri secara semula jadi. Contoh paling jelas adalah apabila kita luka. Luka tersebut akan sembuh secara sendiri selepas diberikan rawatan yang bersesuaian dengan izin Allah S.W.T. Begitulah halnya jika kita mengidap penyakit-penyakit tertentu.

Ubat sebenar bagi apa jua penyakit adalah keupayaan tubuh untuk mengubati dirinya sendiri secara semula jadi. 

Stimulatherapy menekankan bahawa sesuatu penyakit berlaku apabila aliran tenaga pada 14 saluran utama terhalang pada titik-titik tertentu. Ini menyebabkan aliran tenaga yang tidak seimbang mengalir pada organ-organ penting dalam tubuh. Hal ini jika dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan sesuatu organ itu hilang fungsi. Proses ini  akan melalui empat peringkat di mana setiap peringkat mempunyai tanda amaran atau simtom tertentu.


Melalui rangsangan  ke atas 14 saluran dan 395 titik tenaga pada tubuh, Insyallah, Stimulatherapy akan membantu mengembalikan keupayaan semula jadi tubuh untuk mengubati dirinya sendiri. 

info sumber : syafia

Monday, October 22, 2012

Kesan Pengambilan Cili Berlebihan

 
Masyarakat kat Malaysia ni rata2 semua suka akan makanan pedas, tahukah atau tidak makanan yang pedas2 ni mengundang banyak masalah, saya kongsikan info ini untuk diri sendiri dan anda semua.
 
Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :


Meningkatkan asid perut
Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.
 
sumber : yahoo ent


Wednesday, October 17, 2012

Berdengkur Jejas Kesihatan

 
Berdengkur!! tak pasti lah saya ni berdengkur ke tak, tapi saya tak berasa senangi perbuatan dengkur ini, mengganggu tidur, jom tgk berdengkur jejas ke kesihatan?
 
Apabila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena jika pasangan kita atau rakan serumah berdengkur? Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin 'turbo' itu mengganggu tidur orang lain.

Walaupun ia dianggap perkara biasa atau lumrah di kalangan lelaki, namun ia tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia berlarutan, itu bermakna seseorang itu terdedah kepada penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang seperti yang kita fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung.
 

1. Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

2. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

3. Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur atau apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, ia boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

4. Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Lakukan diagnosis skor untuk mengetahui tahap dengkur. Masukkan kamera dari hidung ke peti suara untuk melihat tahap serius dengkuran pesakit. Hantar pesakit 'sleep study', kerana ada sebuah mesin yang mengesan dengkuran ketika pesakit tidur. Ia mengesan pergerakan tangan, kaki dan oksigen di dalam badan dan gelombang otak sewaktu tidur.

Pembedahan dilakukan tetapi ia bergantung kepada punca yang menyebabkan dengkuran. Terdapat sejenis mesin yang membantu membekalkan oksigen untuk mereka yang obes atau tidak mahu menyelesaikan masalah itu menerusi pembedahan.

Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat.

Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat akibat tidur tidak cukup. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya.

Oleh itu, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan jika masalah dengkur ini tidak berkesudahan dan menjadi lebih parah.
 
sumber : yahoo

Monday, October 8, 2012

Anemia - Gagal Derma Darah



7 Oktober 2012 aku ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menderma darah. Kejadian tidak di ingini berlaku, aku gagal untuk menderma darah, kerana paras HB aku terlalu rendah. 

Aduh kecewa sangat terasa. Dua kali ujian dibuat keputusan masih tetap sama. Doktor yang bertugas menyarankan aku makan makanan yang boleh menambahkan darah dan mampu memekatkan darah aku semula. 


Aku diminta untuk datang semula pada minggu hadapan. Sebenarnya aku sendiri pun tak tau apa itu anemia dan kesan2 nya terhadap badan. Google punya google nak cari sebab dan nak di kongsikan bersama2 disini.

ANEMIA

Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Walaupun ia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antara punca anemia utama ialah:-

- kekurangan zat besi
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
- masalah tiroid



ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI


Ia boleh berpunca dari:

- Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran ata dalaman,
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid,
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C,
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet



ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C


Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.


ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.


APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?

Anemia boleh membawa maut!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.


Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan




Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...