Tuesday, January 22, 2013

Santapan Minda 22 Januari 2013

 
 
 
Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.
 
 
 
Menjaga KESIHATAN Mengikut Cara NABI 

[Like & Share] ツ
 
 
 
Awak BACA ni !

CEPAT share <3
 
 
 
Bila sedang gundah, resah, gelisah. Kenapa tak segera datang kepada Allah?
 
 
 
Photo
 
 
#MutiaraKataTHRGegar ....

(Dengar @[120869224603127:274:THR GEGAR] secara online di www.thr.fm/gegar )
 
 
 

4 comments:

  1. suke dengan semua kata2 ni, dr chapter kehidupan, ke bab hijrah, mengikut sunnah, hidup bersederhana, Allah tempat pengaduan sehingga lah ibubapa org utama dlm hidup kt. most complete :)

    ReplyDelete
  2. ya, betul! perkongsian yang amat baik

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...