Thursday, January 17, 2013

Tahniah Kepada Anda Yang Berjaya Mendapat Domain Percuma

Asiahost Advance Tech

Minat akan domain sendiri cuba ini domain .my yang di berikan secara percuma untuk 2000 kuata. Email ini saya terima pada 15 Jan 2013 dan saya ingin berkongsi tentang kegembiraan ini. Jika ingin kan percuma sila masukkan perkataan "belia" pada promotion code.

Perhatian kepada pelanggan Asiahost,

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat semua.

2 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Rasulullah S.A.W berkata....

Rasulullah SAW kata... 1.minum madu setiap hari utk kekal sihat dan penawar penyakit ( 1 sudu besar dgn 1 gelas air suam) Kita g minum ...