AA : Kemarahan berkaitan penyakit mental. Kenapa harus marah ? jadi di pagi jumaat yang mulia ini mari kita tunduk dan menghayati diri yg suka marah. Pemarah tidak baik untuk diri, entahlah saya pun pemarah juga. Marah perlu di bendung jika tidak macam2 boleh terjadi...perkongsian ini khas untuk anda di pagi jumaat yang mulia dan ceria ini, moga hari ini memberi keberkatan buat kita amin....
Hadith:
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”
Huraian Hadith:
- Menahan marah adalah sifat yang baik dan dipuji.
- Menahan marah dan memberi kemaafan yang dijanjikan dengan ganjaran yang besar di sisi Allah ialah yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mampu bertindak, kerana memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak balas tidak ada nilainya di sisi Allah.
- Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri dan menahan marah.
- Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah.
- Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah bidadari syurga.
Sumber rujukan dari : www.islam.gov.my & myvitrd
tak marah tak marah :)
ReplyDeletedulu time tak matang lagi, sy selalu marah2,, skang dah really2 cool down smpai org ckp xde perasaan la plak, xpe, asal ati happy,,hehe
ReplyDeletesya pun sama..kalau org marah, sya buat bodo jer
ReplyDeletememaafkan tu sometimes the hardest thing to do.
ReplyDeletejom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/
Assalamualaikum. subhanallah. terima kasih berkongsi ilmu :)
ReplyDelete