Think positive...hari ini terpaut dengan satu kata2 ringkas sahabat dari google plus..jika fikir positif di awal hari...hari ini akan terus berada di dalam keadaan yang positif..sepanjang hari. So jom kita fikir positif, memang kehidupan banyak gangguan, bermacam ragam, adakalanya kita sebagai insan yang lemah seakan terpana dan tidak dapat mengelak dari merasa gundah gulana.
Ada yang merana kerna tiada wang, tiada tempat perlindungan, meratapi nasib yang kurang baik, pertanyaan demi pertanyaan mesti menghantui pemikiran anda, kenapa aku tak jadi macam tue? tak jadi macam nie?..tahukah anda kerna nasib bergantung pada sikap anda sendiri. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika mahu kehidupan yang lebih baik dan selesa, silalah buat perubahan, change your mind set for your self.
Orang-orang yang berjaya di luar sana bermula dari tidak punya apa2. Saya yakin dengan semangat yang kuat mereka bangkit dan jatuh, bangkit dan jatuh untuk terus berjaya. Menggagahi jua memanjat biar setinggi mana pun jurang mereka yakin dengan kejayaan yang menanti di sana. Cuma mungkin anda tidak punya semangat kerna anda perlukan idola. Jika ingin berjaya mesti berdampingan dengan orang2 berjaya. Anda pasti akan berjaya. Jika anda berdamping dengan orang2 yang biasa2 dan tak punya apa2, tiada perubahan yang akan berlaku, kerna aura positif di dalam badan anda tiada akan keluar jika anda tidak berfikir serius untuk lakukan perubahan.
Nukilan : AA
yup!!! positive thinking!!! :D
ReplyDelete