Thursday, May 16, 2013

Cikgu, Selamat Hari Guru

Cikgu, pertama kali aku mengenalmu, aku amat takut dengan renunganmu. Seawal usiaku 6 tahun, kau memberiku kenalan dgn huruf yg pertama A, B, C dan seterusnya. Meskipun ketika itu aku masih di hujani lelehan hingus tanpa jemu kau terus memberi didikan dan tekad kau untuk berbakti pada anak bangsa.

Cikgu, aku seringkali ketakutan apabila di rotan saat homework tak dapat ku selesaikan, dgn dengusan ketidakpuasan hati aku merutup hai kenapa banyak sangat kerja sekolah ni. Padahal tragedi banyak homework berlaku kerana demi kebaikan pelajar juga.

Aku bangkit dari kegelapan, apabila cahaya dari sinaran guru menyinari hidupku, terima kasih cikgu, jasamu memberi didikan tak dapat aku lupakan sehingga ke akhir hayat. Tanpa guru siapalah aku...kini aku lalui hidup tanpamu, tetapi kenangan bersamamu tak dapat aku lupakan.

3 comments:

  1. Selamat hari guru kepada semua pendidik anak bangsa.
    Tanpa mereka siapalah kita!!

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Tuan Blog, memang betul cikgu banyak jasa. Siapa2 jadi cikgu, title cikgu tu melekat sampai akhir hayat.

    Kat luar sekolah pun orang panggil cikgu. Sampai dah pencen pun orang panggil cikgu.

    Bila dah takde pun orang panggil arwah cikgu. Ku sanjungi budimu cikgu

    ReplyDelete
  3. cikgu kalau pencen tetap panggil cikgu tapi jika peguam, lepas pencen xde gelaran.. hehe... yang pasti cikgu yg mendidik kita, doakan untuk cikgu kita !

    bdway ukhti asmar kena tag, jemput ke blog :

    http://nurmaira95.blogspot.com/2013/05/11-things-about-me-tag-by-farah.html

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...