Monday, September 30, 2013

Wahai SAYA Bin IBU SAYA


Wahai SAYA Bin IBU SAYA

Wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah,yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta'ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, jangan bergopoh-gapah. Bialah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Ta'ala Tuhanku.
Muhammad Nabiku.
Islam agamaku.
Baitullah itu kiblatku. 

Semua orang islam dan orang beriman adalah saudara aku. Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku dari masa hidup hingga aku mati aku mengucapkan, "La ila ha illallah muhammaddur rasulullah". wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikai Mungkar dan Nankir di dalam kubur adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mashsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya Hari kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. "Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak di seksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.. Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun wassalamun'alalmussalin walhamdulilllahi rabbil alamin".
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati

-" kullu nafsin zaa iqatul maut". 

Firman Allah SWT: "Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran" surah al-A'sr

Nota : SELEPAS MENINGGAL, KITA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM AKAN DISEBUT NAMANYA DAN DI'BIN'KAN KEPADA NAMA IBUNYA,YAKNI YANG MELAHIRKAN KITA... Semoga kita meninggalkan perbuatan maksiat dan segala kemungkaran kembali kepada Allah, memohon keampunanNya, mencari keberkatanNya.. Kita hidup sementara kenapa perlu sombong dan tidak patuh kepadaNya? DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. Ayuh kita bersama-sama Muhasabah diri.. Semoga kita amalam kita mempermudahkan untuk menjawab segala pertanyaan Munkar dan Nangkir di sana kelak..

6 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...