Hari itu aku menyusuri gigi pantai yang berombak,
Ombak kelihatan kian memutih tat kala hadir di gigi pantai,
Aku ketika itu sangat bosan melanda,
Merenung jauh ke hujung lautan yang tak bertepi,
Apa yang aku pikir ini itu dan ini,
Entahlah mungkin pikirkan nasib, mungkin pikirkan hidup,
Bermacam-macam berlegar di kotak otak kanan dan kiriku,
Aku terus menyusuri tanpa rasa jemu dan malu,
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
Kini aku sedar aku dah tertinggal jauh di belakang tanpa haluan,
Kini aku tak yakin akan haluan yang mahu aku lalui,
Mungkin tak kan berulang lagi kisah peninggalan masa begitu sahaja,
Tapi untuk esok apa perlu kulakukan,
Masa aku membiarkan kau pergi dan berlalu,
Tanpa aku hargai setiap saat, minit dan jammu,
Maaf aku jauh meninggalkan mu wahai masa,
Berikan aku sedikit masa, berikan aku sedikit waktu,
Agar aku bisa mencari haluan yang pasti.
Hebat puisi mu ! :D
ReplyDeletewah...
ReplyDeleteada bakat nampaknya..
hihihi..
tp kak, ada salah eja tau..
selepas 'hari berganti hari' tu..
sepatutnya 'bulan berganti bulan' kan?=)
Terbaik..tapi kalau menggunakan bahasa melayu tulen lagi terbaik..bahasa jiwa bangsa..ecece..hehe..sekadar pandangan..
ReplyDeletekerana puisi ini sinonim dengan kelembutan dan ketinggian olahan bahasa..wallahua'lam
p/s : erk...masuk blog ni secara tak langsung terasa kehangatan nak raya..kenapa ye?huhu...
ReplyDelete