SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan. |
Lagi kes gaduh, hari2 gaduh heran2...
PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.
Rakan mangsa yang juga bekas penolong ketua pengawas sekolah berkenaan, S Logaganapathy, 17, berkata, dia turut diserang empat pelajar ketika mahu pulang dari sekolah kira-kira 10 minit sebelum kejadian.
“Saya berjaya melarikan diri sebelum sempat dibelasah empat pelajar terbabit dan terus melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin, namun, saya tidak tahu Paghan menjadi mangsa sebaik saya melepaskan diri.
“Selepas menyangkakan keadaan sudah reda, saya keluar melalui pintu pagar depan sekolah sebelum terkejut melihat Paghan sudah dikepung kira-kira 14 pelajar sekolah dengan bersenjatakan besi dan kayu,” katanya.
Sementara itu, Paghan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, kelmarin, selepas membuat laporan polis mendakwa mengenali suspek yang bertindak memukulnya.
Katanya, dia pernah melaporkan perbuatan pelajar terbabit yang membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin kira-kira sebulan lalu.
“Saya tidak menyangka suspek berdendam sehingga tergamak membelasah saya sehingga menerima lapan jahitan di kepala.
“Guru yang membawa saya ke klinik swasta berdekatan kemudian menghubungi ibu bapa sebelum menghantar saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Loga turut membuat laporan polis dengan ditemani ibu bapanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.
apalah nak jadi !!
ReplyDeletegansterism memang dah ada sejak dulu2 lagi dalam sekolah, baik dalam atau luar bandar...risau anak2 takut2 depa jg terpengaruh.
ReplyDeletekami masa jadi pengawas sekolah dulu, berkawan baik juga la dengan yang nakal2 tu..
ReplyDeletekalau bab2 bergaduh, tegur secara halus agar jgn bergaduh dlm sekolah..
lgpun pelajar takut juga la dgn cikgu..=)