Tuesday, September 4, 2012

Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?


Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?


Pelakon jelita Rozita Che Wan dikatakan akan bakal menikah November ini masih menjadi tanda tanya, apa2 pun tahniah kepada Rozita Che Wan jika benar. Jom baca berita ;-

3 Sept – Pelbagai spekulasi mengenai kisah percintaan dramatis, Rozita Che Wan ini yang tidak pernah putus. Kini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Cik Ta dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya pada November ini.
Menurut laporan dari Harian Metro, Cik Ta telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri di Johor Baharu.
Mereka dikatakan telah lama berkenalan namun baru-baru ini dia menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan ahli perniagaan tersebut atau dikenali dengan nama Bob adalah calon yang paling sesuai.
Sebelum ini, ramai pihak mengaitkan Cik Ta mempunyai hubungan istimewa bersama Shahir AF, Zain Saidin, Dato K dan juga Beego namun ternyata dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak benar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...