Wednesday, November 28, 2012

Kamera AES Dan Rungutan




Banyak rungutan dan ketidakpuasan hati para pengguna kereta jalan raya terhadap kamera AES (Camera Automated Enforcement System) ini. 

Saya begitu tertanya dan amat hairan kepada para pengguna kerana membenci kerajaan terhadap kamera ini. Tidak kah anda tahu dan pernahkah anda selidiki kenapa dan mengapa kerajaan mencipta kamera ini. Sebenarnya untuk kepentingan rakyat juga.

Sedar atau tidak kemalangan jalanraya terjadi berpunca dari kesilapan pemandu sendiri kerana memandu dgn laju. Sedarkah anda kelebihan Kamera AES ini ialah untuk menghalang atau bertindak sebagai senjata pengurangan kemalangan jalanraya. 

Pengguna jalanraya yang melalui laluan yang berada di bawah pengaruh kamera ini silalah perlahankan kenderaan anda jika tidak mahu anda di saman atau tak mahu anda popular dengan gambar2 yang di petik dari kamera tersebut.

Saya sarankan dan bermohon agar semua tidak terkilan atau bermarah-marahan kerana kewujudan kamera AES ini. Disiplinkan diri anda untuk memandu secara perlahan dan berhemah di jalanraya. Kemalangan jalanraya akan berkurangan dengan tindakan anda yang betul. Ingatlah orang2 yang tersayang. Mereka menunggumu.

Kemarahan anda terhadap kerajaan kerana mencipta kamera ini, akan menjejaskan negara di mata warga asing atau kata lain pelancong2 luar negara. Bersatu padulah dalam menegakkan Malaysia yang gemilang ini. Kerajaan telah beri anda semua kemudahan lebuhraya, dan bermacam-macam lagi kelebihan. Adakah kerana kamera AES ini anda terus ingin memalingkan wajah dari kerajaan yang maju dan membangun ini.

Negara kita amat aman sekali jika dibandingkan dengan negara asing yang lain. Adakah anda suka jika negara kita di jajah, peluru menjunam sana dan sini. Fikirlah saya amat setuju dengan kamera AES ini. Jika tak mahu anda di saman ikutlah kederasan memandu yang ditetapkan. Anda pengguna yang cemerlang. 


2 comments:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Rasulullah S.A.W berkata....

Rasulullah SAW kata... 1.minum madu setiap hari utk kekal sihat dan penawar penyakit ( 1 sudu besar dgn 1 gelas air suam) Kita g minum ...