Thursday, November 22, 2012

Kemalangan Maut Treler Rempuh

Kemalangan ini betul2 buat saya sangat2 sedih, tak sangka kan walaupun kita harap dan rasa selamat, tapi bila maut dan ajal tiba kejadian akan terjadi dan nampak luar biasa. Al-Fatihah pada arwah...
GOPENG: “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.”
Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.

Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekerja.

Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.
sumber : myMetro

9 comments:

  1. alfatihah.............

    ReplyDelete
  2. yaAllah ... tak dpt bayangkn. sedihnya ... Alfatihah

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, teringat 1 kejadian yang sama mcm ni dulu... alfatihah untuk semua mangsa n takziah untuk keluarga diorang...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah. sedihnyer. emmmm alfatihah buat semua yg menemui ajal

    ReplyDelete
  5. alfatihah..sedihnya tgk kemalngan mcm nie..moga arwah ditemptkan dikalangan org beriman...amin

    need yr support G+1
    iPhone 5 Gadget Impian

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, sungguh tragis kemalangan ni.. sedih sgt tgk dorg sume.. hmm.. ape2 pun takziah buat keluarga mereka and al-fatihah..

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...