Bagaimana
tekanan darah diukur?
Tekanan darah
ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas
(120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.
Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara
pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa
anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang
sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar
tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.
Jenis-jenis
Darah Tinggi
Hipertensi
Primer
Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
Sejarah
hipertensi dalam keluarga
Kegemukan
Pengambilan
garam dan alkohol yang melampau
Merokok
Tekanan yang
melampau.
Hipertensi Sekunder
Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
Penyakit-penyakit
ginjal
Penyakit-penyakit
endokrin
Disebabkan
ubat
Kecacatan
kelahiran
Punca-punca
lain.
Komplikasi-komplikasi
Tekanan darah
tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu
dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat
dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-
Strok- yang
berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
Jantung- salur
darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
Kegagalan
jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
Kerosakan
ginjal
Kerosakan mata
Gejala
Biasanya, pada
hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah
komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu
dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda
jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-
Tekanan
distolik melebihi 90 mmHg
Pembengkakkan
pada pergelangan kaki atau jari
Tercungap-cungap
Pandangan yang
Kabur
Pendarahan di
hidung yang sering berulang
Sakit kepala
yang berterusan
Pening
Rawatan
Rawatan
serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai
jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk
seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.
Apa Yang Perlu
Anda Lakukan?
Ingat untuk
mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
Baca
label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
Minta keluarga
dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
Jika anda
mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum
mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia
boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
Nikmati
kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan
sempurna
Elakkan
Makanan yang
tinggi lemak dan garamnya
Makanan dan
ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
Bahan-bahan
yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
Merokok
Minuman
beralkohol
Kekurangan
senaman
Kerisauan
AA:Elakkan kerisauan yg melampau, kadang2 perasaan menguasai fikiran dan tak mampu untuk mengawal diri.
sumber :
Info yang berguna, thanks for sharing ^^
ReplyDelete