Tuesday, September 4, 2012

Terpaksa Gunting Rambut


Aku sebenarnya tak suka gunting rambut, aku sayangkan rambutku, jika boleh hendak ku simpan panjang rambutku ini, oleh kerana tuntutan kepanasan yang di tahap gaban ni aku terpaksa lah jugak korbankan kasih sayang terhadap rambutku ini, hari ini pada tanggal 4 September 2012, jam lebih kurang 1.30 ptg zasss aku telah potong rambut. Wanita yang bertudung seperti aku memang tak selayaknya dan sepantasnya memiliki rambut yang panjang, pergi kerja pagi basuh rambut, basah2 terpaksa bertudung, lama2 rambut pun naik buah-buahan malaysia. Selepas potong rambut aku rasa lebih selesa, bila kepalaku terasa ringan sekali, apa2 pun yang penting hepi...

Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?


Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?


Pelakon jelita Rozita Che Wan dikatakan akan bakal menikah November ini masih menjadi tanda tanya, apa2 pun tahniah kepada Rozita Che Wan jika benar. Jom baca berita ;-

3 Sept – Pelbagai spekulasi mengenai kisah percintaan dramatis, Rozita Che Wan ini yang tidak pernah putus. Kini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Cik Ta dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya pada November ini.
Menurut laporan dari Harian Metro, Cik Ta telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri di Johor Baharu.
Mereka dikatakan telah lama berkenalan namun baru-baru ini dia menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan ahli perniagaan tersebut atau dikenali dengan nama Bob adalah calon yang paling sesuai.
Sebelum ini, ramai pihak mengaitkan Cik Ta mempunyai hubungan istimewa bersama Shahir AF, Zain Saidin, Dato K dan juga Beego namun ternyata dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak benar.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...