Thursday, October 4, 2012

Que Achmad menulis...: MESTI BACA: Inilah Yang Terjadi Pada Tubuh Badan K...

Que Achmad menulis...: MESTI BACA: Inilah Yang Terjadi Pada Tubuh Badan K...: Ses ungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hing...

Bersedia Untuk Tersenyum



Tahukah anda senyuman anda amat indah sekali, 
jangan kedekut memberikan senyuman kerana dengan senyuman peperangan boleh menjadi kedamaian. 
Senyumlah selalu, anda hebat dan manis andai selalu tersenyum.

DERMA DARAH DAN FAEDAH KEBAIKAN MENDERMA DARAH



"Tahukah anda kebaikan menderma darah, jika anda tahu mungkin anda akan kerap mengambil peluang akan kebaikannya, saya akan menderma untuk kali kedua, saya harap anda semua akan mengambil peluang menyihatkan diri anda dengan menderma darah".


Derma darah - menyebutnya saja boleh menyebabkan mereka yang melakukan usaha murni itu tersenyum bangga, manakala yang lainnya mencebik kerana takut jarum `besar' digunakan. Malah fobia jarum itu merencatkan keinginan berkongsi darah bagi membantu menyelamatkan nyawa insan memerlukan.


Sudah terlalu banyak kempen dan peringatan disalurkan mengenai kepentingan menderma darah, namun tidak ramai yang menyedari kepentingannya sehinggalah diri sendiri mahupun ahli keluarga memerlukan bantuan darah berkenaan.



Darah yang diambil ini pula adalah jenis darah utuh (whole blood) yang daripadanya diperoleh pula sel darah merah, plasma, platelet, cryoprecipitate dan cryosupernatant. Darah jenis AB+, AB-, A+, A-, B+, B-, O + dan O pula diperlukan saban hari bagi menyelamatkan nyawa, sama ada untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia.



Malah, seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Menyedari kepentingan derma darah menghargai sumbangan penderma, tarikh 14 Jun pula dipilih sebagai Hari Penderma Darah Sedunia yang bertujuan mencetuskan gelombang' atau gerakan derma darah dalam kalangan masyarakat.



Bertepatan dengan tema kali ini `Setiap Penderma Darah Adalah Wira' sebagai menghargai usaha golongan yang ibarat wira tak didendang dan bermurah hati menderma kepada mereka memerlukan, selain menggalakkan orang ramai tampil menderma darah secara sukarela.



Namun, ketika lebih ramai mengaitkan usaha murni itu sebagai manfaat kepada penerima, tidak ramai pula yang menyedari pelbagai manfaat atau nikmat kesihatan yang diperoleh penderma apabila menderma darah.



Antara manfaat utama adalah melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif. Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok.



Bagi wanita menopaus, paras zat besi meningkat kerana tiada haid dan bagi menyingkirkannya serta risiko sakit jantung boleh dielak dengan menderma darah.



Apa yang menarik, kajian itu turut mendedahkan, rutin menderma darah setiap enam bulan boleh mengurangkan serangan jantung dan strok kepada peserta kajian itu yang berusia antara 43 hingga 61 tahun.



Kajian kedua membabitkan 2,682 responden di Finland seperti dilaporkan dalam American Journal of Epidemiologi, mendapati, penderma lelaki yang melakukannya sekurang-kurangnya sekali setahun, mempunyai risiko 88 peratus lebih rendah serangan jantung berbanding bukan penderma. Kumpulan penyelidik sama dalam kajian susulan dilakukan, mendapati penderma lelaki juga tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit kardiovaskular. Ini menjadikan risiko serangan jantung kalangan penderma dapat dikurangkan sehingga satu pertiga.



Berikut antara faedah derma darah:



* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.



* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.



* Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.



* Membakar kalori



Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.



* Warga emas rasa lebih bertenaga



Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.



* Tingkat tahap kesihatan.



Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.



"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.



* Ujian asas darah



Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.



Derma darah



* Sebanyak 450 ml darah diambil, iaitu kurang dari 1 pain (586 ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.



Proses menderma darah ini akan mengambil masa 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.



* Mereka yang layak menderma darah berusia 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45 kilogram. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila maklumkan sebelum menderma darah.



* Maklumat lanjut Pusat Darah Negara di nombor telefon, 03-2693 3888 atau www.pdn.gov.my.



Penggunaan Kanta Lekap Dan Kesannya

Penggunaan kanta lekap dan kesannya
 
 
 
Wanita dan kecantikkan memang tidak dapat lari, memakai contact lens menjadi kegilaan pada masa kini, tahukah anda akan kesannya?. Saya sendiri pun amat suka memakai contact lens ini. Tapi selepas membuat kajian dan mendapati kesan buta dan kelabu mata, korneo rosak takut jugak dengar, dan saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakannya lagi.
 
 
Pemeriksaan terhadap mata secara menyeluruh seharusnya dilakukan untuk mengetahui kesesuaian seseorang itu menggunakan kanta lekap. Ini kerana kanta lekap akan memberi kesan secara langsung terhadap metabolisme dan fisiologi kornea mata.

Jika ingin memahami fungsi pemakaian kanta lekap, anda perlu menjalani pemeriksaan mata dan mendapatkan penerangan daripada pakar mata sebelum anda menggunakan kanta lekap. Ini untuk mengelakkan berlakunya komplikasi yang pada mata anda .

Ketika di awal pengenalannya di negara ini sekitar awal 1980-an, kanta lekap diberikan secara preskripsi kepada mereka yang benar-benar layak menggunakannya sahaja, dimana pemeriksaan mata secara menyeluruh dilakukan dengan menganalisis kesemua kemungkinan kesan penggunaan kanta lekap pada mata. Namun pengguna kini kurang kesedaran tentang kaedah pemakaian dan penjagaan kanta lekap.

Ramai yang menganggap bahawa kanta lekap berfungsi dengan cara yang sama dengan cermin mata. Malah ada juga dijadikan sebagai trend untuk kelihatan cantik dimata . Oleh kerana itu, pengguna tidak berfikir untuk mendapatkan khidmat nasihat yang betul sebelum membuat keputusan untuk memakai kanta lekap .

Antara sebab-sebab memilih untuk memakai kanta lekap adalah seperti berikut :

1) 35 % menyatakan untuk kelihatan lebih menarik atau tujuan kosmetik.

2) 34.4 % menyatakan untuk membetulkan masalah rabun.

3) 29.7 % menyatakan untuk tujuan rekreasi dan sukan.
 


Trend ini boleh membahayakan pengguna memandangkan setengah komplikasi akan menyebabkan kerosakan kekal terhadap tisu kornea. Ramai pengguna kini tidak pernah bertanyakan apa komplikasi yang mungkin timbul daripada pengunaan kanta lekap.Keadaan ini bertambah teruk dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah kedai optikal yang tidak membuat pemeriksaan teliti terlebih dahulu kepada bakal pengguna.

Sekiranya anda ingin menggunakan kanta lekap, lakukan pemeriksaan mata terlebih dahulu dan dapatkan nasihat daripada pakar mata yang berkelayakan sebelum menggunakannya. Pastikan kanta lekap bergungsi dengan baik dan bersih untuk menjamin keselamatan dan juga kesihatan mata anda.
 
 
sumber:yahoomalaysia

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...