Hari kekasih atau Valentine Day jatuh setiap 14 Februari setiap tahun. Bunga Mawar Merah terjual di mana2. Pada hari tersebut penjual bunga akan beroleh keuntungan yang berlipat gandalah yer.. Apabila tiba tarikh tersebut setiap pasangan kekasih akan bertemu janji, bila dah bertemu janji macam2 pulak jadi.
Hari kekasih ini amat di tunggu2 oleh pasangan kekasih kerana apa, kerna untuk membuktikan cinta lah konon2 nya. Penyudahnya si gadis sunti menjadi mangsa, dan si lelaki keparat mendapat kepuasan. Siapa yang bodoh dan menjadi mangsa di sini ialah wanita yang langsung tidak memikirkan diri dan hanya pikirkan soal kebuktian cinta lah kononnya. Kesian...
Di sini ingin saya berkongsi tentang sejarah Valentine Day yang saya petik dari blogger ini, cuma saya harap perkongsian ini akan bermanfaat buat semua yang sudi membacanya....
Sejarah
Sambutan Hari Valentine
Bila kita membicarakan
tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat
empat pendapat berkaitan dengannya.
- Pendapat
pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan
kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia.
Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18
Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang
bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda
Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan
ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama
tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam
kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya
selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka
meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini
mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih
dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang
tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di
adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka
berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit
binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut
kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat
kedua mengaitkannya dengan kematian paderi
St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat
dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada
masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat
memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara
serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian
dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine
walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di
kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara
meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan
beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14
Februari.
Pengorbanan yang
dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu
pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St.
Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati
kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa
ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang
pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis
sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your
Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian
mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi
memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius
II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih
tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang
telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian
St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara
pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine
ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St.
Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat
ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan
kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang
memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan
dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah
agama yang zalim.
- Pendapat
keempat. Sambutan hari Valentine ini
bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb
Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat
melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada
hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum sambut Valentine
Sebagaimana yang
termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal
umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita
menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang
firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan
satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli
syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai
Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah
berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
Anas bin Malik r.a
berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua
hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah.
Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi
kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari
raya Aidiladha dan Aidilfitri”.
(riwayat al-Nasaai, no: 959).
Oleh itu hendaklah umat
Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh
Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman
salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan
telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk
Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang
mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari
perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari
budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti
sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang
kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru
budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini
ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang
siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam
Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tentang hukum menyambut
Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari
Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka
tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu
namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan
dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada
22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day
tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa
golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih
kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi
diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah
petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
sumber : syababussunnah
good sharing dear.. ^_^
ReplyDeleteMudah betul orang barat ni nak rosakkan pemikiran orang islam. Mudah sangat terikut dengan benda-benda macam ni.
ReplyDelete