Thursday, March 14, 2013

Tip Mengatasi Gigi Sensitif


Adakah gigi anda terasa ngilu apabila minum minuman berais atau makan makanan berasid? Rasa ngilu yang tajam dan berlaku dalam masa yang singkat adalah petanda utama masalah gigi sensitif.  Ada tiga jenis gigi sensitif iaitu sensitif terhadap suhu, sensitif terhadap bahan kimia tertentu misalnya makanan berasid atau manis, dan sensitif terhadap sentuhan. 

Menurut doktor gigi, Ruby Kusnadi, gigi sensitif berlaku terutamanya apabila enamel gigi terhakis sehingga mendedahkan dentin gigi.  Keadaan ini mengakibatkan rasa ngilu ketika pesakit makan makanan atau minum minuman tertentu. Penggunaan berus gigi yang terlalu kasar atau terlalu keras serta cara memberus gigi yang salah adalah faktor utama menyebabkan enamel gigi terhakis.

"Perkara pokoknya ialah enamel gigi. Apabila enamel sihat, gigi pun sihat," ujarnya. Faktor lain yang turut menjadi punca gigi sensitif adalah keretakan gigi atau tampalan gigi tertanggal. Gigi sensitif juga boleh berpunca daripada ‘bruksisme’, iaitu kebiasaan menggetap gigi ketika tidur atau dalam keadaan tidak sedar. 

Secara umumnya, masalah gigi sensitif dialami oleh golongan pada usia produktif.  Namun dalam beberapa kes, gigi sensitif juga berlaku pada kalangan remaja dan belia. Walaupun belum ada kajian khusus mengenai kaitan gender dengan masalah gigi sensitif, pengalaman menunjukkan lebih ramai wanita mengalami gigi sensitif berbanding lelaki. Faktor hormon sering menjadi punca masalah gigi sensitif pada wanita hamil, walaupun tidak semua wanita hamil mengalaminya.
 
Gigi sensitif juga mungkin adalah gejala penyakit lain, contohnya kencing manis. Pada pesakit diabetes, tulang mengecut dengan lebih cepat berbanding tulang individu normal. Keadaan ini menyebabkan gusi pesakit diabetes mudah menyusut dan dentin terdedah sekali gus mengakibatkan gigi sensitif. 

Sebaik-baiknya, masalah gigi sensitif dicegah sejak kecil, bermula dengan pemakanan seimbang ketika masih bayi lagi. Ketika gigi anak mulai tumbuh, pastikan gigi mereka mendapat perlindungan florida dan ajarlah mereka cara memberus gigi dengan betul.  Mendapatkan pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali juga penting. 

Bagi pesakit yang sudah pun mengalami gigi sensitif, doktor akan melakukan rawatan mengikut tahap keparahannya. Gigi sensitif yang ringan biasanya dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat gigi yang tinggi kandungan floridanya. Jika cara itu tidak memberi kesan, doktor akan bertindak menampal gigi berkenaan atau melakukan rawatan kanal saraf (neural canal) yang bakal mengambil masa. Biasanya kaedah ini dilakukan apabila ruang saraf hampir-hampir terdedah. 

Doktor Ruby juga memberikan beberapa tip yang boleh diamalkan sebelum tidur. Gosoklah gigi menggunakan ubat gigi yang tinggi kandungan floridanya dan jangan berkumur.  Cukup meludah sahaja dan kemudian terus tidur. Cara ini cukup berkesan bagi mengelakkan florida yang terkandung dalam ubat gigi, terbuang ketika berkumur sekali gus mengurangkan kesannya terhadap gigi yang bermasalah. Bagi kes gigi sensitif yang ringan, tip ini mungkin berhasil. 
 
Pastikan anda sering berjumpa doktor gigi secara berkala, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 



Disemak oleh: Dr. Ruby Kusnadi 
Doktor gigi di Hospital Siloam, J & J Dental Care dan Hospital Mitra Kemayoran

3 comments:

  1. Hanis suka jumpak doktor gigi..selalu pi Klinik Gigi Kerajaan kat taman Jubli bila balik sana.

    ReplyDelete
  2. takpa la nie anak2 saya takut gan doktor gigi..hee..hee..

    ReplyDelete
  3. paling takut dengan dentist... dan sememangnya gigi ini adalah sensitif... hu hu hu...

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...