Tuesday, September 3, 2013

MENGAPA ANDA PERLU JADI PHD !

Sedikit perkongsian yang diperolehi dari kata2 Datuk Dr. Maznah Hamid yang saya petik dari laman facebook beliau.


MENGAPA ANDA PERLU JADI PHD !

Apa itu PhD? Bukan Penyakit Hasat-Dengki!
Person of High Determination. Orang yang penuh keazaman. Sentiasa bersemangat. Sentiasa miliki perasaan cinta kepada jalan menuju syurga Allah ini.

Janganlah jadi PHD satu lagi, Person of High Demoralization. Orang yang lemah semangat. Berhenti bila diuji. Berhenti hanya dengan kesusahan yang kecil.

Kalau kita berhenti dan puas hanya setakat kejayaan yang kita miliki hari ini, maka kita masih belum berjaya sebenarnya. 
Pekerjaan apa pun yang kita lakukan, kita tidak hanya ingin sekadar bekerja.

Kalau hanya sekadar bekerja, ramai sudah yang bekerja, bahkan lebih hebat lagi daripada kita, bergaji besar pula. Tetapi, bukan itu matlamat kita sebenarnya.

Yang sebenarnya, bila seseorang yang berilmu bekerja, maka dia itu menjadi contoh kepada masyarakat. Boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk membangunkan ummah.

Seorang jurutera, kesungguhan dan komitmennya dalam pekerjaan dan ketaatannya kepada Allah, akan memberi contoh kepada jurutera-jurutera lain.

Seorang doktor, kata-katanya yang sentiasa mempengaruhi pesakit, akan menjadi ubat kepada hati pesakit bila kata-katanya mengandungi inspirasi yang mendekatkan lagi mereka kepada Ilahi.

Hatta seorang tukang sapu sampah di tepi jalan sekalipun, seorang pekebun, kalau mereka itu tidak berhenti dalam menuntut ilmu, maka mereka juga mampu menjadi seorang PHD, (Person Of High Determination). Seorang pekebun, tetapi mampu memotivasikan orang lain untuk dekat dengan Allah.

Bahkan, seorang suri rumah, bila ilmu terus menerus dicari, tambahan pula ilmu itu adalah ilmu deen (Islam), maka pentarbiyahan (Pendidikan) anak itu pastinya berjalan di atas landasan Ilahi. 

Ingatlah wahai sahabat, menuntut ilmu itu sepatutnya terhenti apabila kita menutup mata, selagi kita celik tanggungjawab untuk menambah ilmu pengetahuan itu sepatutnya tidak terhenti!

1 comment:

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...