Showing posts with label DATUK DR. MAZNAH HAMID. Show all posts
Showing posts with label DATUK DR. MAZNAH HAMID. Show all posts

Friday, January 3, 2014

CARA MELATIH DIRI MERANCANG MATLAMAT | Datuk Dr. Maznah Hamid


CARA MELATIH DIRI MERANCANG MATLAMAT | Datuk Dr. Maznah Hamid, Selamat Tahun Baru 2014 dan hari ni Jumaat yang pertama untuk 2014. Saya sangat gembira masih di  beri peluang menghidu udara  segar bumi. Perkongsian muka buku Datuk Dr. Maznah ini tertarik untuk di kongsikan di sini. Semoga matlamat saya pun akan tercapai.


Bagi mencapai kehidupan yang seimbang, berjaya, yakni kita hidup senang, bahagia, sihat dan dihormati oleh seluruh masyarakat, maka kita haruslah merancang matlamat kita meliputi : 

# Mental / Jasmani / Rohani / Kewangan / Keluarga / Kerjaya / Sosial dan kemasyarakatan / Jabatan Organisasi

Tentukan aspek kehidupan mana yang menjadi keutamaan kita ketika ini.

Berikut adalah latihan bagi menolong kita merancang tindakan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat.

1) Nyatakan dengan terang dan jelas matlamat yang ingin capai dalam masa enam bulan akan datang.

2) Mengapakah kita ingin mencapai matlamat tersebut?

3) Jika kita Berjaya mencapainya, apakah kebaikan yang kita peroleh? Ganjaran untuk keluarga kita umpamanya.

4) Apakah risiko yang ada dalam mencapai matlamat ini?

5) Apakah pencapaian matlamat ini akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat jangka panjang?

6) Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berjaya dan apakah alternatifnya?

7) Apakah rintangan yang bakal dihadapi dalam menjayakan matlamat ini? Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Setelah kita mengemukakan pelbagai pertanyaan seperti yang dinyatakan, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas untuk merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.

Kita mesti jujur pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya. 

Kita mesti ukur kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.

Selamat merancang…

Tuesday, October 22, 2013

BILA NENEK NAIK MINYAK





BILA NENEK NAIK MINYAK...| Segamat: “Saya tanya dia sama ada mahu bersarapan roti canai bersama saya atau tidak. Dia diam saja dan terus masuk ke dapur.

“Tiba-tiba dia keluar (dari dapur) dengan parang di tangan dan terus menetak saya,” kata pekerja ladang dikenali sebagai Azmi, 57, yang cedera di kepala dan badan akibat ditetak isterinya, kelmarin.

Kejadian itu yang berlaku jam 10 pagi di rumah pasangan berkenaan di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu. 

Akibat kejadian itu, Azmi mendapatkan rawatan di Hospital Segamat, di sini dan menerima 13 jahitan di kepala serta enam di belakang badan, sebelum dibenarkan pulang, semalam.

Azmi berkata, mujur dia dapat merampas parang daripada isterinya dan segera berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum dibawa ke Hospital Segamat oleh jiran. (Harian Metro)

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup. Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama pasangan kita:

* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada pasangan kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu pasangan mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika pasangan dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, pasangan akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan
* Berdoalah pada yang Esa supaya dihindarkan dari dikuasai kedua2 sifat itu.

Kesimpulannya, cemburu kita biarlah berpada... marah pula biar berhemah!

Di petik daripada laman muka buku Datuk Maznah Hamid

Tuesday, September 3, 2013

MENGAPA ANDA PERLU JADI PHD !

Sedikit perkongsian yang diperolehi dari kata2 Datuk Dr. Maznah Hamid yang saya petik dari laman facebook beliau.


MENGAPA ANDA PERLU JADI PHD !

Apa itu PhD? Bukan Penyakit Hasat-Dengki!
Person of High Determination. Orang yang penuh keazaman. Sentiasa bersemangat. Sentiasa miliki perasaan cinta kepada jalan menuju syurga Allah ini.

Janganlah jadi PHD satu lagi, Person of High Demoralization. Orang yang lemah semangat. Berhenti bila diuji. Berhenti hanya dengan kesusahan yang kecil.

Kalau kita berhenti dan puas hanya setakat kejayaan yang kita miliki hari ini, maka kita masih belum berjaya sebenarnya. 
Pekerjaan apa pun yang kita lakukan, kita tidak hanya ingin sekadar bekerja.

Kalau hanya sekadar bekerja, ramai sudah yang bekerja, bahkan lebih hebat lagi daripada kita, bergaji besar pula. Tetapi, bukan itu matlamat kita sebenarnya.

Yang sebenarnya, bila seseorang yang berilmu bekerja, maka dia itu menjadi contoh kepada masyarakat. Boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk membangunkan ummah.

Seorang jurutera, kesungguhan dan komitmennya dalam pekerjaan dan ketaatannya kepada Allah, akan memberi contoh kepada jurutera-jurutera lain.

Seorang doktor, kata-katanya yang sentiasa mempengaruhi pesakit, akan menjadi ubat kepada hati pesakit bila kata-katanya mengandungi inspirasi yang mendekatkan lagi mereka kepada Ilahi.

Hatta seorang tukang sapu sampah di tepi jalan sekalipun, seorang pekebun, kalau mereka itu tidak berhenti dalam menuntut ilmu, maka mereka juga mampu menjadi seorang PHD, (Person Of High Determination). Seorang pekebun, tetapi mampu memotivasikan orang lain untuk dekat dengan Allah.

Bahkan, seorang suri rumah, bila ilmu terus menerus dicari, tambahan pula ilmu itu adalah ilmu deen (Islam), maka pentarbiyahan (Pendidikan) anak itu pastinya berjalan di atas landasan Ilahi. 

Ingatlah wahai sahabat, menuntut ilmu itu sepatutnya terhenti apabila kita menutup mata, selagi kita celik tanggungjawab untuk menambah ilmu pengetahuan itu sepatutnya tidak terhenti!

Monday, July 8, 2013

KESABARAN SEORANG SUAMI

RENUNGAN DI HUJUNG MINGGU

Pada zaman dahulu tinggal dua orang adik beradik soleh yang tinggal berjauhan antara mereka. Oleh kerana mereka tinggal berjauhan, maka jarang mereka bertemu. Kadang-kadang mereka dapat berjumpa setahun sekali sahaja.

Pada suatu hari si adik ke rumah abangnya kerana ingin menziarahi abangnya. Kebetulan semasa itu didapatinya si abang tiada di rumah. Dia lantas bertanya kepada kakak iparnya ke mana gerangan si abang. Bukan main terperanjat si adik apabila kakak iparnya dengan marah-marah menjawab, “Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,” sambil itu mulutnya terus memaki-maki suaminya dengan kuatnya. Oleh kerana dia ingin sangat bertemu abangnya, dia bercadang untuk menunggu sehingga abangnya pulang.

Tidak berapa lama kemudian, pulanglah abangnya dari mencari kayu bersama seekor harimau yang membawakan kayu di atas belakangnya. Setelah abangnya menurunkan kayu dari atas belakang harimau, ia berkata kepada harimau tersebut, “Pergilah semoga Allah memberkati kamu.”

Setelah itu barulah dia mempersilakan adiknya masuk ke rumah. Sementara itu, isterinya masih tetap memaki-maki sambil marah-marah, namun dia tetap membisu. Tidak dijawab, walau sepatah perkataan pun. Dengan susah-payah dia melayan adiknya yang datang dari jauh itu, menghidangkan makanan dan makan bersama-sama adiknya. Setelah bertanya khabar dan berbual-bual, si adik pun ingin meminta izin untuk pulang. Dalam pada itu, adik nya tidak henti-henti memikirkan kesabaran abangnya menghadapi isterinya yang banyak kerenah itu.

Pada tahun yang berikutnya, sekali lagi si adik pergi ke rumah abangnya untuk menziarahi keluarga abangnya. Waktu itu juga abangnya tiada di rumah. Tetapi pada kali ini, kakak iparnya tidak lagi marah-marah dan memaki-hamun suaminya, sebaliknya dia disambut dan dipersilakan menunggu kepulangan suaminya. 

Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh isteri yang baik hati itu.

Melihatkan keadaan yang berbeza dari tahun sebelumnya, si adik pun lantas bertanya: “Wahai saudaraku, dahulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu, itu engkau pikul sendiri. Dan sewaktu aku sampai ke mari dahulu isterimu sudah berubah sekali. Apakah rahsia di sebalik kejadian ini semua?”

Tersenyum si abang mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab: “Wahai adikku, isteriku yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Tuhan dengan isteri yang baik budi ini, sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”

Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah tarik semula. Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

Setiap hari kita seringkali diuji dengan kesabaran. Adakah kita boleh bersabar bila berdepan dengan ragam anak-anak tatkala badan kita terlalu letih, bolehkah kita bersabar bila dimarahi, atau tahankah hati kita bila pulangnya suami ke rumah dalam keadaan yang marah-marah tanpa kita ketahui punca yang sebenarnya. Dan kita akan menghadapi seribu satu macam masalah yang menggugat kesabaran kita dalam mengendalikan urusan seharian. 

Memanglah untuk menyebut perkataan sabar itu adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah payah. Tetapi bagi orang yang ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, walau terpaksa menderita, mereka sanggup melakukannya. Sebab, mereka tahu bala bencana yang menimpa mereka boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu di samping mereka yang mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. 

Bagi mereka yang teruji dengan ragam isteri atau suami pasti merasa suatu penderitaan yang amat sangat. Memanglah, semua orang menginginkan suasana rumahtangga yang amat bahagia, tetapi ada kalanya sengaja Allah jadikan suami atau isteri sebagai sebab untuk menguji kesabaran kita.

Renung-renungkan lah wahai rakan-rakan ku..Perkuatkan tahap kesabaranmu, kebalkan diri mu! Ramadan akan menjelma...!

Thursday, June 13, 2013

MAKANAN UNTUK KULIT KEKAL CANTIK

Makanan berkhasiat untuk mengekalkan kecantikan anda, jom kita kongsi sama2 yer...

1. TIMUN
Masalah kulit wajah yang kasar sering menimbulkan resah terutama bagi individu yang semakin berusia. Timun boleh bantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai masker. Parut di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagi ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

2. TOMATO
Timun mengandungi lycopene yang tinggi yang membuat wajah menjadi merah berseri disekitar pipi. Kulit juga menjadi licin dan halus seperti kulit buah tomato. Tomato juga boleh menjadi bahan anti penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.

3. BAYAM
Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin, dan vitamin (A, B, dan C). Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.

4. BADAM
Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti oksida agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari. 

5. LOBAK MERAH
Biasanya kita mendengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.

6. DARK CHOCOLATE
Coklat bukan sahaja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit menjadi lebih tegang. Mulai sekarang, abaikan tanggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.

7. TEH HIJAU
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat dari daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China, dan dikaitkan dengan kebudayaan Timur ini boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit. Selain bagus untuk kesihatan, ia juga membantu kulit menjadi lebih halus.

8. UBI MANIS
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan sahaja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit dari kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya merupakan salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.

Jangan lupa ya.. makanan jasmani, perlu juga diperkayakan dengan ‘makanan rohani’. Insha Allah, kita akan sentiasa ‘cantik dunia akhirat’!

BAGAIMANA ANDA MENANGANI TEKANAN?




Tekanan atau stress sering kali melanda kita, berbagai2 tekanan harus ditempuhi, secara tak langsung ingin sekali saya berkongsi info bagaimana menangani stress dari Datuk Dr. Maznah Hamid, yang memang idola saya...jom baca...


Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekanan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll. 

Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. 

Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Cuba kita amalkan beberapa kaedah ini, dan bukannya aktiviti dalam video tersebut ya..kalau kat Malaysia ramai orang melatah..tak pasal2 kena!

1) Senaman pernafasan. 
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . 

2)Tafakur (Meditation) 
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. 

3)Penggambaran. 
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan.

4)Pengurutan (Massage). 
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. 

5)Kelegaan otot. 
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekurang-kurangnya tiga minit. 

6)Muzik. 
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. 

7)Pengurusan masa. 
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. 

Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita). 

Cubalah amalkan mengambil sikap terbuka dan fikirlah secara positif dan objektif dalam usaha menyelesaikan sesuatu kesulitan. Kita harus mengambil pendekatan tidak mengeluh bahkan banyakkanlah menyebut Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah berulang-kali kerana jika kita mengeluh, memaki hamun contohnya apabila terpijak paku, kita meneriak celaka sambil memaki hamun, percayalah kita akan lebih merasa sakit.

Tetapi jika kita ingat dan yakin akan apa yang diberitahu Allah SWT dan ajaran Rasulullah, kita akan merasa kurang sakit, reda serta mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa serta dapatkan rawatan dan pertolongan supaya kita beroleh kejayaan, di dunia apalagi di akhirat.

Wednesday, April 24, 2013

BAHAYA MEMBUNUH (KECOAK) LIPAS



Bila anda melihat binatang kecoak (lipas) di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati bahkan sampai (maaf) isi perut kecoak (lipas) meleleh keluar.

Karana di dalam perut kecoak (lipas) terdapat cacing halus/lembut yg tetap hidup meskipun diluar dari tubuh kecoak (lipas). Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh kecoak (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat/indukan baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Untuk melihat cacing ini, anda dapat menaruh isi perut kecoak (lipas) di atas kertas hitam atau diatas cermin... disitu akan terlihat pergerakannya.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Tuesday, April 23, 2013

APA KATA ROBERT TORU KIYOSAKI



Robert T. Kiyosaki atau nama penuhnya Robert Toru Kiyosaki adalah seorang pelabur, usahawan, penulis dan motivator.

Beliau dilahirkan pada 8 April 1947 di sebuah tempat bernama Hilo di Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Jepun.

Robert Kiyosaki menjadi terkenal setelah menulis sebuah buku berjudul Rich Dad, Poor Dad yang telah mencatatkan jualan best seller dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.

Buku tersebut merupakan sebuah buku motivasi tentang perancangan kewangan dan bagaimana menjadi kaya dengan cara yang sepatutnya.

Robert Kiyosaki juga telah mencipta sejenis permainan yang melatih bagaimana untuk menjadi usahawan iaitu permainan Cashflow. Permainan ini dibuat dalam dua versi iaitu Cashflow untuk golongan dewasa manakala Cashflow Jr. untuk kanak-kanak.

Kiyosaki juga pernah menulis dua buah buku bersama seorang lagi usahawan terkenal iaitu Donald Trump. Antara buku-buku tersebut berjudul Why We Want You to Be Rich: Two Men, One Message dan Midas Touch: Why Some Entrepreneurs Get Rich And Why Most Don't.

Beliau juga memperkenalkan ‘Network Marketing’ iaitu satu rangkaian yang besar dan luas. Ia memberi manfaat yang besar kepada orang ramai memperomosi produk berkualiti untuk pendapatan yang lumayan. Ianya membuatkan anda mempunyai ramai kenalan di negeri sendiri dan juga di luar negara.

Pada beliau kejayaan akan dinikmati apabila ada ketekunan, semangat kental, produk bermutu tinggi digabungkan dengan timing (ketetapan masa) yang bersesuaian. Rangkaian permasaran adalah ala bisnis di era kini, dan tidak memerlukan banyak kos untuk membina perniagaan seperti bisnis konvensional. 

Robert Kiyosaki menyatakan anda perlu mengatasi perasaan malu dan terasa takut dan pandai pula mencungkil potensi diri. Ini adalah asas untuk berjaya, terutamanya apabila produk dan syarikat yang anda ceburi keduanya cukup hebat. Anda akan berjaya!


Wednesday, April 10, 2013

FAKTA SAINS UNTUK DIKONGSIKAN


1. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

2. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

3. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

4. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

5. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

6. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

7. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

8. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

9. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

10. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

11. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

12. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

13. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.



FAKTA SAINTIFIK/TAHUKAH ANDA?

FAKTA SAINTIFIK. TAHUKAH ANDA? 

KERDIPAN MATA , BOLEH MEREHATKAN OTAK ANDA. 

Tahukah anda setiap kali anda Mengerdipkan mata , otak kita pun 'terhenti seketika’. Berehat sekejap. Ini terjadi beberapa saat. Dan kita mengerdipkan mata 15 hingga 20 kali seminit. Jadi, 10% waktu jaga kita dihabiskan dengan mata kita tertutup. Saintis dari Universiti Osaka Jepun mendapati bahawa Kerdipan adalah peluang bagi Otak untuk 'Tidur Rehat' sekejap sebelum perhatian dipulihkan Semula. Sungguh menakjubkan kurniaan Tuhan ini.

GULA PUNCA KEGEMUKAN 'OBESITI'. 

Kajian Saintis Mempercayai bahawa Orang Gemuk tidak merasa kenyang walau sebanyak manapun mereka makan. Otak Mereka sentiasa menginginkan makanan yang berlemak, Tinggi Kalori dan gula bagi mendapatkan Tenaga Segera. Otak mereka menghantar mesej tersebut, dengan melemahkan keinginan untuk bergerak aktif dan bersenam. Tentangan leptin ' leptin resistant' orang gemuk akan terus menginginkan makanan dan tak boleh berhenti makan. Apatah lagi berdiet. Kajian juga mengesahkan bahawa dengan mengambil kandungan gula yang banyak dalam apa jua makanan. Minuman, akan merangsang nafsu makan kita, begitu juga sebaliknya. Jika kita kurangkan gula , manisan, kek, kueh muih, nasi, maka keinginan kita untuk terus makan akan berkurangan. Tukar cara pemakanan kita!


BERHENTI MEROKOK JIKA MAHU MELEGAKAN TEKANAN! 

Sebaliknya Perokok sentiasa menyatakan merokok membantu mereka menghindari tekanan. Malah beri Kelegaan! Kajian telah dibuat pada 500 perokok sebelum dan selepas mereka Berjaya Berhenti merokok. Mereka diberi 'nicotine Patches' dan pelbagai ujian sekian lama. Akhirnya para pengkaji telah merumuskan bahawasanya. Merokok menyebabkan ketegangan, kekhuatiran 'anxiety'. Kepercayaan yang mengatakan nikotin membantu memberi ketenangan adalah Suatu Mitos! Kegagalan untuk Berhenti Merokok akan lebih memberi Tekanan dan Kemurungan, Sakit Jiwa. Perubatan lain harus dicari. Kata orang. Orang yang tidak merokok adalah lebih tenang. fokus, wangi dan tidak membazir!


PEMIKIRAN SEPARUH SEDAR KITA MERUPAKAN PUSAT JANAKUASA 

Yang menggerakkan urat saraf dan anggota badan kita untuk bertindak menghasilkan keputusan. Sekiranya kita memberi arahan matlamat yang berunsurkan kejayaan, maka ia akan berfungsi sebagai mekanisme kejayaan dan begitu juga sebaliknya.

Tuesday, April 2, 2013

TOKOH KIDAL PALING TERKENAL DI DUNIA



Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan. 

Berikut merupakan ranking 10 tokoh kidal paling top di dunia yang dikeluarkan oleh Majalah TIME :

1) Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat.
2) Bill Gates - Orang ke-3 paling kaya di dunia versi Forbes
3) Oprah Winfrey - Selebriti wanita paling kaya di dunia
4) Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun
5) Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis
6) Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius
7) Marie Curie - Saintis atom, penerima hadiah nobel
8) Aristoteles - Ahli falsafah era Yunani kuno
9) Ned Flanders - Salah seorang pelakon dalam siri animasi "The Simpsons".
10) Jimi Hendrix - Gitaris legenda dunia.


Apakah fakta mengenai individu kidal :

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik.




Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Setiap kita yang hidup ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adakah anda juga salah seorang individu kidal?



Monday, March 11, 2013

KISAH 4 BATANG LILIN


Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.” “Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit
demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.” “Sayang aku tak berguna lagi.”
“Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”

Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta.” “Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.” “Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.” “Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” 

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tiba-tiba…

Seorang anak kecil itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga Lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Ehh apa yang terjadi??

Kamu harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Ketika itu dengan terharu Lilin keempat berkata:

Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

“Akulah HARAPAN!”

Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti si anak kecil tadi, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali IMAN, DAMAI, CINTA dengan HARAPAN-nya!

Andalah SINAR HARAPAN Keluarga Mu. Jadikan Diri Mu Sebagai ‘LILIN’ yang Sentiasa Menyinari Kegelapan Hidup Ini!


Wednesday, March 6, 2013

MUTIARA KATA FROM DATUK DR. MAZNAH HAMID UNTUK MU


Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.

Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.
Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.

Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia akan bisa memperolehinya kembali?

Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.

 

KISAH SEGELAS AIR

Ketika memberikan kuliah Management Stress, Steven Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:

"Berapa berat segelas air ini?" Para siswa menjawab antara 200 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat semata-mata, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya," kata Covey.


"Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan lenguh. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulan untuk saya.


Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat." 


"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,"

Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, istirahat sejenak sebelum mengangkatnya lagi".Kita harus meninggalkan beban kita untuk tempoh tertentu dan bijak mengagihkan setiap bebanan, agar kita lebih segar dan mampu membawanya lagi.

Jadi sebelum pulang ke rumah setelah seharian bekerja, kita perlu tinggalkan bebanan pekerjaan. Jangan dibawa pulang pulak!

Apapun beban yang ada di bahu anda di hujung minggu hari ini, cuba tinggalkan sejenak. Mudah-mudahan jiwa kita tenteram dan tenang dan dapat menikmati dengan lebih bermakna hujung minggu ini bersama keluarga tersayang!

HIDUP INI SINGKAT, jadi cubalah menikmati dan memanfaatkan sepenuhnya. Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat dilihat, atau disentuh, tapi dapat dirasakan jauh di sudut hati kita.

 



Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...