Thursday, March 14, 2013

Empat Soalan Bocor Alam Kubur




“Tidak akan berganjak kedua-dua kaki setiap hamba (ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah ditanya tentang umurnya, ke mana dihabiskan. Ditanya tentang ilmunya, apakah yang diamalkan. Ditanya tentang hartanya, bagaimana cara memperolehi dan membelanjakannya. Dan ditanya tentang kesihatan tubuh badannya, apa yang telah dilakukan dalam kehidupan.” 
( Tarmizi ; no 2417)

sumber : myibrah

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata


Saya suka bertanya dengan orang alim dan ustaz2. Amalan ini saya dapat 

daripada ustaz sebelah biik guru saya (Ustaz Mazni), dipercayai ilmu tok-tok

guru di pondok. InsyaALLAH berkesan kurangkan rabun dan tajamkan

penglihatan. Saya kongsikan :


Semasa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan 

أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca 

ayat ini:


"فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬" (sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok 

belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari 

kiri=mata kiri)


# Ustaz pesan, ia juga membantu dengan khasiat ayat Al-Quran merawat 

penyakit mata dan JANGAN salah niat, nanti terbuka hijab nampak benda tak 

elok. Tapi NIATKAN mata dibuka hijab memilih jalan kebaikan dan pilihan 

yang terbaik (jodoh,kerjaya, sebagainya) . Jom amalkan, perkongsian ikhlas 



* Gambar jari PDH di meja guru (sebelah meja Ustaz Mazni)

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita. :)


5 Rules To Live A Happier Life

Tolong Share Post Nie...


AA : Prihatin gan nasib seorang pakcik yg hidup sendirian ini saya mengambil kesempatan ini untuk membantu mencari anak2 pakcik ini supaya dapat kembali ke pangkuan ayahanda tercinta, copy paste from blog faezah, semoga entri bermanfaat dan jom sama2 membantu.


(TOLONG SHARE POST INI!)RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!

1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)
p/s: dibenarkan copy dan paste untuk tujuan share. kami melakukan ni atas dasar prihatin.jika anda boleh share mengenai kehilangan anak duta besar switzerland sampai disebar keseluruh talian komunikasi,apa salahnya anda berbuat demikian untuk pakcik ni juga...



Tip Mengatasi Gigi Sensitif


Adakah gigi anda terasa ngilu apabila minum minuman berais atau makan makanan berasid? Rasa ngilu yang tajam dan berlaku dalam masa yang singkat adalah petanda utama masalah gigi sensitif.  Ada tiga jenis gigi sensitif iaitu sensitif terhadap suhu, sensitif terhadap bahan kimia tertentu misalnya makanan berasid atau manis, dan sensitif terhadap sentuhan. 

Menurut doktor gigi, Ruby Kusnadi, gigi sensitif berlaku terutamanya apabila enamel gigi terhakis sehingga mendedahkan dentin gigi.  Keadaan ini mengakibatkan rasa ngilu ketika pesakit makan makanan atau minum minuman tertentu. Penggunaan berus gigi yang terlalu kasar atau terlalu keras serta cara memberus gigi yang salah adalah faktor utama menyebabkan enamel gigi terhakis.

"Perkara pokoknya ialah enamel gigi. Apabila enamel sihat, gigi pun sihat," ujarnya. Faktor lain yang turut menjadi punca gigi sensitif adalah keretakan gigi atau tampalan gigi tertanggal. Gigi sensitif juga boleh berpunca daripada ‘bruksisme’, iaitu kebiasaan menggetap gigi ketika tidur atau dalam keadaan tidak sedar. 

Secara umumnya, masalah gigi sensitif dialami oleh golongan pada usia produktif.  Namun dalam beberapa kes, gigi sensitif juga berlaku pada kalangan remaja dan belia. Walaupun belum ada kajian khusus mengenai kaitan gender dengan masalah gigi sensitif, pengalaman menunjukkan lebih ramai wanita mengalami gigi sensitif berbanding lelaki. Faktor hormon sering menjadi punca masalah gigi sensitif pada wanita hamil, walaupun tidak semua wanita hamil mengalaminya.
 
Gigi sensitif juga mungkin adalah gejala penyakit lain, contohnya kencing manis. Pada pesakit diabetes, tulang mengecut dengan lebih cepat berbanding tulang individu normal. Keadaan ini menyebabkan gusi pesakit diabetes mudah menyusut dan dentin terdedah sekali gus mengakibatkan gigi sensitif. 

Sebaik-baiknya, masalah gigi sensitif dicegah sejak kecil, bermula dengan pemakanan seimbang ketika masih bayi lagi. Ketika gigi anak mulai tumbuh, pastikan gigi mereka mendapat perlindungan florida dan ajarlah mereka cara memberus gigi dengan betul.  Mendapatkan pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali juga penting. 

Bagi pesakit yang sudah pun mengalami gigi sensitif, doktor akan melakukan rawatan mengikut tahap keparahannya. Gigi sensitif yang ringan biasanya dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat gigi yang tinggi kandungan floridanya. Jika cara itu tidak memberi kesan, doktor akan bertindak menampal gigi berkenaan atau melakukan rawatan kanal saraf (neural canal) yang bakal mengambil masa. Biasanya kaedah ini dilakukan apabila ruang saraf hampir-hampir terdedah. 

Doktor Ruby juga memberikan beberapa tip yang boleh diamalkan sebelum tidur. Gosoklah gigi menggunakan ubat gigi yang tinggi kandungan floridanya dan jangan berkumur.  Cukup meludah sahaja dan kemudian terus tidur. Cara ini cukup berkesan bagi mengelakkan florida yang terkandung dalam ubat gigi, terbuang ketika berkumur sekali gus mengurangkan kesannya terhadap gigi yang bermasalah. Bagi kes gigi sensitif yang ringan, tip ini mungkin berhasil. 
 
Pastikan anda sering berjumpa doktor gigi secara berkala, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 



Disemak oleh: Dr. Ruby Kusnadi 
Doktor gigi di Hospital Siloam, J & J Dental Care dan Hospital Mitra Kemayoran

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...