Thursday, January 22, 2015

PETUA HALAU SEMUT

PETUA HALAU SEMUT
Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:
1. Cili kering :
3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Selamat mencuba

5 comments:

  1. ada juga praktikkan petua lama...alhamdulillah...kurang dah semut kat rumah tu

    ReplyDelete
  2. Petua2 lama memang ada gunanya, cuma kita ini kadangkala bena tak bena...

    ReplyDelete
  3. saya ada satu petua yang saya secara tak sengaja jumpa dan tak sengaja cuba...jumpa pun dalam majalah bercirikan keislaman.
    masa tu bulan ramadhan...kebiasaannya selepas berbuka, masih banyak lagi juadah di meja, jadi kami pun bawak ke sahur...
    malangnya, bila tiba waktu sahur jer, dah berkerumun sang semut yang kecik comel kat juadah kami...
    jadi, berdasarkan majalah yang saya baca tu, saya pun katalah pada sang semut tersebut, lebih kurang beginilah ayatnya :-
    "wahai semut kaum Nabi Sulaiman, kami benarkan kamu makan juadah sahur kami tapi dengan syarat, kena habiskan semuanya...jika tidak boleh, jangan sentuh juadah kami sebelum kami bersahur".
    niatnya kami cuma main-main sahaja masa ucapkan ayat tu...tapi, sejak hari tu, takde seekor semut pun yang hurungi makanan kami sehinggalah sekarang.
    semut hitam tu pun dah tiada di rumah kami lagi dah...tapi semut lain pula yang dah mula datang sejak sebulan lepas...
    sayang kat semut hitam tu, sebab makhluk tu yang selalu kemas rumah kami...huhuhu.

    ReplyDelete
  4. singgah follow sini As, best jugak petua ni sbb kat umah kaknoor ni banyakk sgt semut..

    ReplyDelete

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...