Saturday, May 6, 2017

Biskut Dahlia

Biskut Dahlia......
mmg menjadi resepi ni sangat berpuashati...kawan2 boleh cuba sendiri.

Bahan-bahannya:

250 g mentega
125 g gula kastor
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
(1 biji pon blh : 3biji sbb nak mudahkan kerja2 menekan adunan)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......

Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda (*)

2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,

3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.

4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.

5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

sebelum dibakar & selepas dibakar...kelopaknya tetap terletak cantik






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Rasulullah S.A.W berkata....

Rasulullah SAW kata... 1.minum madu setiap hari utk kekal sihat dan penawar penyakit ( 1 sudu besar dgn 1 gelas air suam) Kita g minum ...