Monday, May 8, 2017

Resepi Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk kegemaran ramai yang sedap dan power! Fav admin dan keluarga!

Try la!!! Share cpt!

Bahan-bahan:

2 keping ayam boneless – di potong kecil
beberapa keping cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar cili padi – di cincang
1 sudu besar cili merah – di cincang
230 ml susu cair
1 pelepah daun kari
secubit serbuk perasa ayam knorr
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Serbuk kari jika perlu
Bahan perap:
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur


Cara masak ayam butter:

Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.

Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan

Tumis cili, serbuk kari dan daun kari dengan butter hingga naik bau.

Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.

Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.

Masukkan ayam dan masak dalam 2,3minit shj. 

Tutup api dan ayam  siap di makan. Makan dengan nasi panas2 ni mmg terangkat!






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih semua yang sudi bertandang di sini. Saya hargai komen anda, datang dan komen yer.

Salam Sayang semua.

Rasulullah S.A.W berkata....

Rasulullah SAW kata... 1.minum madu setiap hari utk kekal sihat dan penawar penyakit ( 1 sudu besar dgn 1 gelas air suam) Kita g minum ...