Sunday, May 28, 2017

Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan :

Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering
Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)

Bahan kuah :
Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan

Cara sediakan :

Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.

Kacau dengan api perlahan
Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.

Cara makan :
Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan.

Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.
kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob‎ via Masak Apa Hari Ni

Monday, May 8, 2017

Resepi Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk kegemaran ramai yang sedap dan power! Fav admin dan keluarga!

Try la!!! Share cpt!

Bahan-bahan:

2 keping ayam boneless – di potong kecil
beberapa keping cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar cili padi – di cincang
1 sudu besar cili merah – di cincang
230 ml susu cair
1 pelepah daun kari
secubit serbuk perasa ayam knorr
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Serbuk kari jika perlu
Bahan perap:
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur


Cara masak ayam butter:

Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.

Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan

Tumis cili, serbuk kari dan daun kari dengan butter hingga naik bau.

Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.

Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.

Masukkan ayam dan masak dalam 2,3minit shj. 

Tutup api dan ayam  siap di makan. Makan dengan nasi panas2 ni mmg terangkat!






Saturday, May 6, 2017

Biskut Dahlia

Biskut Dahlia......
mmg menjadi resepi ni sangat berpuashati...kawan2 boleh cuba sendiri.

Bahan-bahannya:

250 g mentega
125 g gula kastor
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
(1 biji pon blh : 3biji sbb nak mudahkan kerja2 menekan adunan)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......

Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda (*)

2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,

3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.

4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.

5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

sebelum dibakar & selepas dibakar...kelopaknya tetap terletak cantik






Friday, May 5, 2017

RESEPI MEE REBUS TULANG/GEARBOX SEDAP JOHOR

RESEPI MEE REBUS TULANG/GEARBOX SEDAP JOHOR!!!!


Bahan-bahan
1kg mee kuning, direndam di dalam air mendidih hingga lembut dan toskan (lalukan di bawah air paip untuk mengelakkan mee melekat)

4 - 5 biji telur rebus atau telur pindang

5 keping tauhu, digoreng dan potong nipis

5 biji telur ayam, direbus dan dibelah 2 (pilihan)

daun sup dan daun bawang, dihiris halus

5 biji cili hijau, dipotong nipis

5 biji limau kasturi, dibelah 2

RM1.00 bawang goreng

RM1.00 taugeh, buang ekor dan celur dalam air panas

keropok rangup (adunan keropok sepertimana membuat rempeyek atau tumpi, tetapi tidak menggunakan kacang dan digoreng menjadi keropok. Hancurkan ke dalam mee apabila hendak dimakan)

Bahan-bahan untuk kuah,

500gm - 1kg tulang gearbox kambing (dicuci bersih dan rebus dengan 1.5 liter air + serai dan halia yang diketuk dan rempah sup bunjut selama 2 jam atau hingga empuk)
500 gm tetel/daging, direbus bersama 
tulang gearbox kambing

500 gm keledek oren, dikupas, potong dadu dan direbus sampai lembut, kemudian dikisar lumat

garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

4 sudu besar rempah kari (pilihan sendiri) + air panas

3 sudu besar asam jawa, perah ambil air

1 cawan minyak untuk menumis

bahan-bahan kisar (anggaran, boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut citarasa sendiri)

10 biji bawang merah

5 biji bawang putih

2 batang serai

1 senduk taucu (dicuci dan toskan airnya)

1 cm halia

1 cm lengkuas

10 biji cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas

Cara menyediakan kuahnya,

Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan pecah minyak. Masukkan rempah kari, air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati, masukkan keledek yang dikisar, tetelan atau hirisan daging yang telah direbus dan juga tulang kambing yang direbus beserta air rebusannya.. Masak sampai mendidih dan renehkan setengah jam sebelum sedia dihidangkan. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sesuaikan rasa masam manis dan pedas mengikut citarasa sendiri. Hidangkan dengan mee dan bahan2 lain. Selamat mencuba.

nota :
Kuah mee rebus ini juga sedap jika menggunakan udang kering atau udang geragau kering dengan cara mengisar udang kering atau udang geragau kering dan dimasukkan sebaik sahaja bahan-bahan tumisan telah garing.
Selamat mencuba
Kredit to : nonie2you.blogspot

Wednesday, April 12, 2017

Petua Hilangkan Lelah

Petua Hilangkan Lelah

Untuk orang dewasa :
Tepuk bawah tulang rusuk kiri 40 kali, tulang rusuk kanan 40 kali setiap hari sebelum tido.

Untuk bayi :
Gune dua jari, tepuk lembut bahagian belakang bawah tulang rusuk kanan 40 kali, belakang bawah tulang rusuk kiri 40 kali bila bayi tengah aktif.

Esok pagi akan keluar lebih banyak lendir. Buang kesemua lendir. Jangan simpan. Sementara amal petua ni, kene pantang ais, ekon, kacang dan benda-benda yang bisa untuk pesakit lelah.

Kalau tak pantang, tak jadi petua ni. Kalau tak mampu buat cara ni, boleh datang terapi kat Kak Atin yep!😉

Dipersilakan #SHARE yep.

Monday, April 10, 2017

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pagi)
    mandi dan ambil wuduk ;

2. Solat sunat Wuduk.

3. Solat sunat Taubat.

4. Solat sunat Tahajjud

5. Solat sunat Hajat ( _mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak_ ).

6. Solat sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 100 x

8. Tahlil 300 x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40

10. Tasbih 40 x

11. Solat sunat Fajar.

12. Solat fardhu Subuh.

13. Baca Yassin selepas solat Subuh.

14. Solat sunat Dhuha.

15. Solat fardhu Zuhur
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

16.Solat fardhu Asar
- _solat sunat sebelum_

17. Solat fardhu Maghrib
- _solat sunat selepas_

18. Solat fardhu Isya'
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_

19. Sebelum tidur baca :
-   al-quran :
- _surah Al-mulk_
- _surah Sajjadah_
- _surah al-Waqiah_

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

*“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."*

[Ustaz Ismail Kamus]
**_Share ilmu ini utk peringatan kita semua_

Wednesday, March 1, 2017

Cara hilangkan Migrain

Cara hilangkan Migrain.


Hanya mereka yang pernah mengalami migrain yang mengetahui kesakitan sebenar apabila diserang migrain. Dan lebih teruk lagi jika kita mula mengambil ubat penahan sakit dengan kerap setiap kali migrain. Ini bukanlah satu perkara yang baik. Untuk alternatif yang selamat dan berkesan, apa kata cuba tips dan petua berikut:



Bahan-bahan:



Sedikit kulit lemon

Jus perahan lemon
Garam Himalaya (garam bukit)
Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuat sistem imun anda kuat.


Cara-cara:



1. Campurkan jus dua lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk.
2. Masukkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya.
3. Campur dalam segelas air.
4. Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya yang tidak berapa sedap.
5. Dalam masa hanya beberapa minit selepas mengambil minuman ini, anda akan mendapati 
migrain anda hilang. (Insyaallah)


Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan : Daun Kaduk Kacang Kelapa Halia Limau nipis/kasturi Bawang besar Cili padi Udang kering Kelapa : isi kelapa dihir...